Sunday, July 10, 2011

Seminar di Kota Bahru Berjaya Diadakan

Seminar di Kota Bahru Berjaya Diadakan



Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya, seminar menjana pendapatan dengan eBay telah berjaya diadakan di Hotel Raudah, Kota Bahru, Kelantan pada 8hb Julai 2011.

Kebetulan pula hari jumaat merupakan hari umat islam di Kota Bahru mengikuti kuliah agama berhampiran dengan hotel ini, jadi lalulintas pagi tu akan sesak dengan kenderaan dan orang ramai.

Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada semua peserta yang sanggup memberi komitmen 100% dengan hadir ke tempat seminar lebih awal. Seminar ini telah berjaya menarik minat peserta dan ada yang sanggup datang dari Selangor, Kedah, Perlis, Perak, Terengganu dan Indonesia.

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Azmaharin (Son Karin), Johan Edison (dari Indonesia) dan Alif Zulhilmi kerana membantu menjayakan seminar ini.



Keesokan harinya, saya dan beberapa orang rakan telah ke Tanah Merah untuk meraikan majlis perkahwinan sahabat kami juga usahawan internet, saudara Hafizi dan pasangan. Semoga perkahwinan beliau dikurniakan kebahagiaan, cahayamata dan rezeki berterusan. InsyaAllah.

Tidak lupa kepada semua peserta yang telah mendaftar untuk sesi 17hb Julai ini, di Shah Alam, kita jumpa di sana!

- Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search