Tuesday, July 12, 2011

Tidak Perlu Segan Jika Anda Ingin Berjaya

Tidak Perlu Segan Jika Anda Ingin Berjaya



Ya! Jika kita ada sikap segan dan malu untuk memperkenalkan perniagaan kita kepada orang lain, besar kemungkinan perniagaan kita tidak akan orang tahu. Apabila ada aktviti seperti perhimpunan atau perjumpaan melibatkan usahawan-usahawan internet tempatan, inilah peluang buat anda yang mungkin bakal/telah memiliki perniagaan untuk turut serta.

Jika alasan jadual/tarikh tertindih dengan program lain, itu mungkin alasan yang boleh diterima, tetapi jika anda meletakkan alasan anda malu dan segan, ini mungkin agak kurang sesuai untuk dijadikan alasan.

Mari kita berfikiran secara positif. Lihat kesan jangka panjang, apa yang anda boleh dapat jika anda menjalinkan hubungan/network bersama mereka yang hadir di Gathering Wangcyber 2011 ini.

Saya ingat lagi, waktu saya hadir ke gathering yang pertama, saya baru sahaja dalam perniagaan internet iaitu sekitar 3 tahun. Dengan melibatkan diri, saya dapat bertemu dengan usahawan-usahawan internet lain yang dikenali di internet buat pertama kali.

Dengan pertemuan pertama kali inilah telah membantu saya mengorak langkah ke hadapan, menjalinkan kerjasama dengan mereka untuk pelancaran produk dan sesi network ini telah membantu saya mengembangkan perniagaan internet sediaada.

Hari ini, jika anda tanya mereka yang telah 5-6 tahun melibatkan diri dalam perniagaan internet, pasti mengenali siapa saya. Begitulah harapan saya buat anda semua jika ingin membina kredbiliti diri dan perniagaan, gathering seperti ini amat sesuai untuk anda ikuti.

Buang perasaan yang anda tidak dikenali. Buang perasaan yang anda tidak popular. Buang perasaan yang anda tidak hebat seperti mereka yang lain. Buang perasaan semua perkara ini membuang masa.

Masa itu emas. Network itu peluang. Guna sebaik-baiknya pertemuan bersejarah ini. Mungkin hari ini saya tidak kenal anda, mana tahu dengan anda menghadiri perhimpunan ini, saya dan rakan-rakan lain akan mengenali dan terus mengingati diri anda.




Mendaftar disini: http://www.wangcyber.com/gathering

P.s: Pastikan jika anda hadir ke gathering ini, sediakan bisnes kad banyak-banyak. :)

Jumpa nanti,


Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search