Perbezaan antara Penulis dan Pakar Bidang




Dari sudut sumber pendapatan, penulis buku mempunyai banyak persamaan dengan penyanyi. Penulis mempunyai buku, manakala penyanyi mempunyai album. Penyanyi muncul dalam show dan roadshow dan pendapatan daripada show dan roadshow mungkin jauh lebih tinggi dari jualan albumnya.

Penulis juga boleh muncul dalam show dan roadshow dalam bentuk menyampaikan ceramah, bengkel training dan kursus.

Sebagaimana keadaannya dengan penyanyi, pendapatan penulis dari roadshow juga berpotensi jauh lebih tinggi daripada jualan album. Namun, itu memerlukan si penulis dilihat sebagai seorang 'pakar bidang', bukan setakat seorang 'penulis buku'.

Apabila seseorang penulis mahu menceburi pasaran training, beliau perlu dilihat sebagai seorang 'pakar' dalam bidang yang ditulis dalam buku-bukunya. Ini bermakna beliau perlu menulis banyak buku dalam sesuatu bidang. Kedua, penulis perlu mempunyai maklumat berkenaan situasi tempatan dan semasa.

Apabila membaca buku, ada 2 nilai yang penting yang dicari oleh pembaca:

(1) Nilai Kefahaman: Dengan membaca buku itu, pembaca sudah faham.

(2) Nilai Tahu: Dengan membaca buku itu pembaca tahu apa yang dia perlu lakukan.

Hanya apabila penulis dapat mengemukakan contoh-contoh tempatan dan semasa, barulah beliau dipersepsi sebagai seorang 'pakar' yang sudah menjalankan kajian tempatan dan juga mengetahui situasi tempatan.

Artikel ini dipetik dari Universiti Terbuka PTS tulisan Puan Ainon Mohd.

Anda mungkin berminat

universiti terbuka

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah