Sunday, July 24, 2011

Gathering Wangcyber: The Next Level

Gathering Wangcyber: The Next Level



Alhamdullilah syukur kehadrat Allah s.w.t, semalam saya diberi kesihatan yang baik bersama semangat yang bermotivasi, telah hadir ke Perhimpunan Warga Wangcyber.com di Menara Usahawan, Presint 2, Putrajaya.

Ini merupakan official gathering kali-2 yang dianjurkan oleh pengasas forum WangCyber, saudara Mohd Suhaimy bersama Persatuan Usahawan Internet Malaysia.



Selain saya sebagai barisan speaker, turut berkongsi pentas bersama saya ialah saudara Ammar Zahar, saudara Gobala Krishnan, saudara Jamal Baharudin, saudara Adly Mukhtar, saudara Adhika (dari Indonesia) dan saudara Rahman Basri.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Rahman Basri dan majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh saudara Mohd Suhaimy selaku pengasas WangCyber.com

Saya tiba ke dewan, ketika saudara Shuth sedang berucap dan ketika itu saya lihat 90% peserta telah pun mengambil tempat.



Perhimpunan ini berjaya menjemput Dato' Mohd Noor Al-Akbari selaku wakil dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan beliau turut menyampaikan ucapan. Majlis yang hebat ini tidak akan berjaya tanpa pengerusi majlis yang sudah pasti hebat membina aura-aura semangat audien dengan laungan "The Next Level".

Saya pasti lebih dari 100 orang peserta yang hadir semalam mendapat manfaat dan inspirasi hasil dari perkongsian speaker-speaker yang hebat di atas pentas.

Anda boleh melihat ulasan di link berikut:

http://wangcyber.com/forum/berita-and-pengumuman/41366-wc-gathering-2011-a-21.html

http://www.facebook.com/groups/persatuanUIM




Kita mulakan dengan perkongsian saudara Ammar Zahar. Saya mengenali Ammar Zahar secara online sejak 3 tahun lalu. Walaupun kami dari negeri yang sama (Negeri Sembilan), kami hanya dapat bertemu buat pertama kali pada awal tahun 2011 yang lalu.

Menarik didalam perkongsian ini, beliau telah berkongsi bagaimana beliau membina perniagaan internet tanpa memiliki peralatan komputer yang lengkap serta tiada talian internet yang disambung dirumah. Kisah kehidupan beliau sekeluarga memberi iktibar kepada audien supaya jangan menganggap mudah setiap perjalanan hidup yang dilalui.

Sokongan keluarga dan restu ibubapa itu penting dalam memastikan kejayaan kita. Jadi dapatkan restu mereka terlebih dahulu dan pastikan mereka memberi sokongan walaupun anda sedang menghadapi kegagalan.



Ini adalah gaya seorang legend! Ya! Gobala Krishnan sebenarnya individu hebat yang dihormati oleh IMer senior dan baru. Beliau pernah mencipta fenomena dengan menghasilkan sebuah ebook dan berjaya menghasilkan pendapatan 5 angka di internet sekitar tahun 2005.

Menggunakan slide, beliau berkongsi kaedah bagaimana untuk membina kejayaan di internet menggunakan Quadrant Publiser, Affiliate, Vendor dan Network. Ini juga adalah perkongsian yang bermanfaat bagi saya dan semua audien. Tentukan Next Level anda selepas ini!



Perkongsian dari anak muda ini amatlah ditunggu-tunggu. Saya memang mengkagumi saudara Adly Mukhtar membina perniagaan syarikat beliau. Dalam usia yang masih muda, siapa sangka beliau telah menjadi seorang boss yang hebat dan memiliki sebuah team yang solid!

Pendirian, pandangan dan prinsip beliau dalam perniagaan telah membuka mata ramai pihak dan saya pasti beliau akan dijadikan rujukan dan inspirasi kepada anak muda diluar sana.

Kami berhenti rehat dengan menikmati hidangan lazat yang disediakan oleh penganjur sambil ber'networking dan solat zuhur.

Sebelah petang, saudara Jamal Baharudin (kepada anda yang ada gambar jamal beraksi dipentas, sila tag saya di facebook.

Perkongsian yang ceria dan seding mendatangkan gelak ketawa audien membuat sesi tidak ditenggalami dengan suasana bosan dan kekenyangan selepas makan tengahari. Video inspirasi yang cukup sentimental turut memberi kesan emosi kepada audien yang menontonnya.



Kemudian tiba masanya saya melakukan perkongsian, dislot ini, saya berkongsi pengalaman bagaimana saya memulakan perniagaan internet sehinggalah saya menaiki tangga THE NEXT LEVEL dan insyaAllah saya akan habisan kuadran bermula dari kerja makan gaji kepada seorang pelabur yang serius tidak lama lagi.

Habis slot perkongsian dari saya, beberapa audien telah datang kepada saya meminta untuk saya berkongsi lebih banyak lagi info mengenai perniagaan di eBay. Baru saya sedar di dalam dewan semalam begitu ramai yang berminat untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan secara konsisten di eBay. Kepada yang hadir semalam, anda boleh rujuk tarikh terkini di link ini:

Personal Coaching
Seminar eBay

Untuk slot dari Adhika saya tak bersempatan untuk mendengar kerana saya ke luar dewan bertemu dengan beberapa orang rakan eBay seller.



Sesi disambung dengan slot khas dari saudara Mohd Romzie dari sehelaibaju.com berkaitan projek kebajikan "Sehelai Baju Buat Menyapu Si Airmata" yang telah dilancarkan dibanting semalam.

Tahun ini dianggarkan lebih dari 10,000 helai pakaian baru akan dikumpulkan hasil dari sumbangan orang ramai dan rakan-rakan facebook dan usahawan internet. Kepada anda yang ingin turut serta di dalam program bermakna ini, sila layari laman web berkenaan.

Slot akhir diteruskan dengan perkongsian dari saudara Rahman Basri. Sesi penceritaan dari beliau juga memberi impak dan inpirasi kepada mereka yang berkira-kira untuk mengambil keputusan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa.

Secara keseluruhannya Gathering ini memberi impak yang cukup meninggalkan kesan mendalam kepada saya. Saya bertuah kerana dapat berkongsi pentas bersama speaker-speaker hebat dan sebagai speaker yang ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada saudara Shuth kerana menjemput saya.

Lebih hebat lagi, rakan-rakan peserta yang hadir juga adalah mereka yang hebat walaupun tidak membuat perkongsian dipentas ini. Saya dapat mengenali mereka dari bidang yang berlainan seperti mereka yang berkecimpung di dalam perniagaan pelaburan emas, pemasaran facebook, pemilik web dropship, copywriter, produk pembelajaran islamik, pereka grafik, pengedar alat minuman kesihatan, agen mutual fund, pengurusan harta pusaka, agen takaful, kontraktor dan ramai lagi.

Juga tidak lupa kepada rakan usahawan yang saya kenali antaranya saudara Eruwan Gery Norsen, Saiful Nizam "rempit eBay", Saftwan Seth, Shamsuryadi "Raja Adsense", Aqif Azizan, Hasbul Aqil, Hasrul, Kidino, Reezluv dan semua nama yang tak sempat saya nak sebutkan disini.



Juga tak lupa kepada anak murid yang sentiasa memberi sokongan, Huzaifah dan Mia. Beliau anak muda tetapi pendapatan hasil perniagaan mereka di eBay... :) Saya telah beritahu di dalam dewan semalam. :)























Jumpa lagi di Next Level!

P.s: Semalam ada 2 orang yang terima hadiah dari saya. Kalau anda baca post ini, sila tinggalkan komen disini yea. :D

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search