About Me



Ini adalah blog peribadi saya. Saya menulis bila ada mood sahaja. Tidak lagi seperti dulu, tiap-tiap hari nak mengadap blog. Ada masa saya akan membahasakan diri ini sebagai saya. Ada masa menggunakan aku.

Jadi kau jangan pening bila baca blog ni bila sekejap aku tulis guna Bahasa Melayu Tinggi. Kemudian ada artikel ditulis dalam bahasa pasar. Ikut mood aku la kan?

Betul dulu saya kaki blog. Kejap-kejap jenguk blog. Pi jenguk blog orang lain. Baca blog orang. Bermula dari zaman layan adsense kat blog sampai la pasang widget Nuffnang.

Sekarang kalau adsense atau Nuffnang dah macam kurang efektif. Lagi-lagi kalau kau jenis jarang update blog. Lagi la blog kau tak jadi tak berkualiti.

Saya cuba kembali usahakan blog Noorizam Shah terus wujud. Biarpun banyak kali tukar interface. Biarpun banyak kali tukar platform dari wordpress ke blogspot. Dari blogspot ke wordpress dan sekarang ke blogspot kembali.

Kalau ikutkan dah banyak artikel yang ditulis sejak tahun 2006. Zaman saing-saing blog smartusaha, irfankhairi, tuahemas, saifulsham dan era forum wangcyber.

Sapa yang lalu zaman ni kenal la blog-blog berkaitan bisnes yang saya bagitahu ni.

Saya pernah buat bisnes di eBay, sertai program affiliate tempatan dan luar negara. Saya buat duit sekejap masa tu jual ebook. Terbit video.

Masa zaman affiliate tempatan tengah berkembang masa tu, banyak cabaran affiliate saya akan berada dalam top ranking affiliater. Dapatlah duit komisyen untuk beli coki-coki.

Saya juga pernah handle banyak seminar buat duit dengan eBay. Merata saya pergi. Ke Kelantan. Ke Kedah. Terengganu. Johor sampailah ke Sabah.

Pernah kena tipu dengan skim pelaburan emas, bilamana waktu tu ramai giler usahawan yang masuk skim emas sampai la program emas tu tersontot. Nasib banyak saya tak rugi banyak. Tapi ada juga lost.

Sekarang, apa yang saya buat?

2013-2016 adalah tahun saya membina perniagaan saya. Bermula dari lone ranger. Cari duit sorang-sorang tanpa ada staff, now staff dah nak ada 10 orang.

Mereka ini dibayar gaji setiap buat tanpa miss.

Kalau korang perasan di internet (sila google). Produk EMORRA atau pun GAMBIR JANTAN itu adalah antara produk yang saya keluarkan.

Saya masih lagi buat kerja-kerja sebagai trainer. Masih membimbing dan berkongsi pengalaman kepada mereka yang dahagakan ilmu. Tahun 2016 syarikat saya telah dilantik sebagai vendor untuk 2 projek MDEC bagi program keusahawanan.

Alhamdulillah. Rezeki.



Now, saya ada misi dan visi bisnes saya. Tanpa buat sebarang pinjaman bank untuk bisnes, hari ini saya berjaya bina bisnes saya secara organik dengan berbekalkan modal yang ada ditangan.

Dari syarikat saya tak layak declare GST sekarang dah sampai level kena bayar GST. Alhamdulillah.

Jika diimbau kembali perjalanan saya yang penuh berliku. Tahun 2016 adalah tahun yang memberi impak yang sangat besar kepada saya, keluarga dan bisnes. Alhamdulillah.

Kepada anda yang sedang baca blog ini. Jangan mudah putus asa.

Usahalah sedaya upaya. Carilah guru dan ilmu. Jangan berhenti untuk belajar. Sentiasa dalami ilmu-ilmu baru yang bermanfaat.

Ambil segala ilmu yang baik. Yang tidak baik jadikan pedoman.

TIDAK ADA JALAN MUDAH

Tidak ada jalan mudah bagi mereka yang tidak ada ilmu pengetahuan. Kalau anda ingin belajar untuk hasilkan pendapatan RM3000 sebulan, pastikan anda tahu dan mendalaminya. Apatah lagi nak hasilkan pendapatan RM1,000,000 setahun.

Semua ini tidak boleh dilakukan tanpa ada ilmu.

Saya anak orang kampung. Dilahirkan di kampung. Sekarang saya menetap di bandar. Nak duduk di bandar perlu ada ilmu. Ilmu survival.

Di Selangor, isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3000 sebulan diklasifikasikan sebagai miskin bandar. Ini cabarannya. Apatah lagi mereka yang bekerja sendiri. Tidak ada pendapatan tetap.

Cabaran jadi semakin mencabar.

Jadi, untuk terus konsisten dapat tinggal di bandar dengan selesa, kita perlu cabar diri untuk tingkatkan ilmu. Belajar ilmu bisnes. Inilah salah satu cara untuk kita keluar dari masalah dan rungutan tiap-tiap bulan akibat tak cukup belanja.




BUAT BISNES SECARA ONLINE

Mula dari sekarang. Cari ilmu untuk berniaga secara online.

Ada banyak cara untuk belajar. Satu dengan follow blog NoorizamShah.net, buat carian di search engine, baca ebook dan buku bisnes, tonton video berkaitan bisnes di Youtube atau sertai mana-mana kelas berkaitan bisnes dengan yuran yang paling minima.

Nota: Kau jangan tanya saya pasal eBay sebab sekarang saya dah tak handle pun apa-apa program berkaitan bisnes di eBay. Kau google je la. InshaAllah ada jawapan.

Ini yang saya buat dulu. Mula dengan kos yang paling minima ataupun PERCUMA.

Kalau dulu nak mula bisnes, bajet nak kena ada duit yang banyak untuk bermula. Hari ini, kalau nak berbisnes, dah tak perlu keluarkan modal untuk dapatkan stok. Tak perlu beli stok.

Sekarang dah ada pembekal yang memperkenalkan sistem secara dropship.

Fahamkan sistem dropship ini, inshaAllah bila anda apply model bisnes ini, ia akan bantu anda dapatkan modal untuk ambil stok selepas ini.

Ingat, nak buat bisnes, bermula dengan apa yang ada ditangan!



Boleh mula dropship sekarang! Anda boleh buat carian di internet pembekal produk mana yang buat dropship. Kalau jumpa contact nombor mereka, terus je call atau whatsapp tanya samada pembekal itu ada buka program dropship ataupun tidak.

Jika ada, anda telah mendapat peluang yang sangat baik. Ketahui syarat-syarat dan kelebihan menjadi seorang dropshipper!

Kena ambil tahu berapa margin keuntungan yang diberikan. Berapa banyak unit yang perlu dijual untuk capai target anda.

Dapatkan info sebanyak mungkin mengenai produk yang anda ingin jual. Ketahui apakah USP produk tersebut. Siapakah sasaran audien untuk produk yang ingin dijual. Apakah marketing tool yang akan diguna pakai semasa anda menjual produk itu.



Ada banyak perkara lagi yang perlu anda teliti sebelum mengambil keputusan untuk menjual produk-produk yang telah anda kenalpasti.

Jom follow saya di instagram. Klik link http://www.instagram.com/noorizam dan follow saya. Peace!








Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah