Monday, July 18, 2011

Formula eBook - Review Produk Digital

Formula eBook - Review Produk Digital


Sudah lama rasanya saya simpan domain FormulaEbook.com ini. Asalnya nak buat sebuah laman jualan produk infomasi berkaitan ebook. Kebetulan waktu tu, Adly Flarebiz tengah tulis ebook mengenai Rahsia10K, jadi saya hold dulu projek menulis ebook berkaitan.

Disebabkan terlampau lama sangat hold, akhirnya jadi projek gajah putih sahaja. :)

Jadi, untuk mengelakkan ia terus tidak digunakan dan tidak memberi apa-apa manfaat, lebih baik saya rebranding semula web Formula Ebook ini dengan jadikan ia sebuah web review khas untuk produk digital.

Saya tidak bercadang untuk fokus memberi ulasan produk digital seperti ebook sahaja, sebaliknya saya buka juga peluang untuk review produk seperti video dan software. Kepada anda yang mempunyai produk yang ingin diulas, bolehlah maklumkan kepada saya.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search