Monday, July 4, 2011

Kurang Keluar Rumah, Jimat Belanja?

Kurang Keluar Rumah, Jimat Belanja?



Jika anda bekerja dari rumah, menjana pendapatan dari rumah, pastikan anda tahu dan displin dalam mengawal kewangan anda. Jika silap langkah, macam-macam perkara yang tak diingin boleh berlaku.

Cuba buangkan tabiat yang kuat berbelanja kepada perkara yang tidak perlu. Dengan kurangkan dari keluar rumah, anda dapat mengawal wang keluar daripada kocek anda. Bayangkan dengan tidak keluar sehari, anda boleh jimatkan wang daripada makan di luar, mengisi minyak petrol, membayar tempat letak kenderaan, membeli barang-barang kecil seperti (gula-gula, pen, makanan ringan, aksesori pakaian) atau membeli barang-barang yang harganya mahal (handphone, camcoder, kamera digital, televisyen, komputer riba) dan sebagainya.

Ini bukan bermaksud dengan tidak keluar dari rumah, anda langsung tidak boleh beriadah. Jika mahu, cuba berjalan kaki ke taman permainan atau ke taman bunga. Tak perlu membazirkan wang dengan melanggan ahli di pusat-pusat senaman dan kesihatan badan.

Mungkin anda tidak kisah dengan tabiat membazirkan beberapa ringgit kepada perkara yang tidak perlu. Tetapi jika anda lihat, jika pembaziran sedikit ini anda ubah kepada tabungan, silap hari bulan anda akan dapati tabungan yang anda lakukan boleh membantu kewangan anda.

Jumpa lagi!

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search