Monday, July 4, 2011

Seminar eBay 17hb Julai Di Shah Alam

Seminar eBay 17hb Julai Di Shah Alam



Kepada yang belum lagi mendaftar, pastikan anda berbuat tindakan hari ini kerana tempat duduk bakal penuh bila-bila masa dari sekarang.

Seminar menjana pendapatan dengan eBay bakal diadakan pada 17hb Julai 2011 di De Palma Hotel, Seksyen 19, Shah Alam. Jika anda berada dikawasan sekitar atau ingin turut serta, anda boleh membuat pendaftaran dengan melayari laman web http://noorizamshah.com/#seminar

Di dalam seminar ini saya akan menerangkan kepada peserta bagaimana mereka boleh memulakan perniagaan mereka di eBay seterusnya menjana pendapatan di eBay. Pengisian bermanfaat ini pastinya tidak akan dilepaskan oleh sesiapa sahaja yang berhasrat memulakan perniagaan internet pertama mereka.

Diharap dengan pendedahan ini, ia dapat menjelaskan sebarang kekeliruan kepada maksud perniagaan internet itu. eBay adalah salah satu model perniagaan internet. Ia merupakan plaform yang popular dan ramai yang berjaya menjana pendapatan menggunakan eBay.

Kepada yang masih keliru dengan istilah perniagaan internet, program internet atau pelaburan internet, anda perlu hadir ke seminar ini. Seminar ini akan menceritakan satu model perniagaan yang berjaya melahirkan ramai usahawan-usahawan baru di internet. Malah mereka yang berjaya ini hanya menjalankan perniagaan di eBay ini secara sambilan dan masih lagi makan gaji.

Ok, kepada yang nak join, jangan risau tentang pengangkutan dan penginapan kerana lokasi seminar ini adalah mudah untuk memperolehinya. Layari http://www.noorizamshah.com/#seminar jika anda rasa inilah waktu sesuai dan terbaik untuk anda belajar dari orang yang berpengalaman.

Insya-Allah, saya janji berikan terbaik untuk semua peserta yang hadir!

Kita jumpa disana!

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search