Memiliki Kedai Yang Sesak Dengan Pelanggan



Bayangkan jika anda memiliki sebuah kedai di sebuah pusat membeli-belah paling popular di dunia dan kedai anda ini setiap hari dikunjungi ramai pelanggan yang berminat dan membeli produk anda.

Setiap hari jualan anda menyamai atau melebihi harga sewa tempat perniagaan anda ini. Bukankah ini satu perasaan dan pengalaman yang hebat kepada anda. Anda melihat jualan anda laris dan menjana keuntungan yang cukup banyak buat anda!


Sekarang anda lihat pula, bagaimana pula jika anda memiliki sebuah kedai online di internet dan kedai anda ini dilawati berjuta-juta pelanggan yang berminat kemudian membeli produk anda. Tanpa perlu menutup pintu kedai, pelanggan yang datang bertali arus 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Bukankah ini adalah suatu yang lebih hebat?

Dengan sewa yang minima (berkali ganda lebih murah dari nilai sewa sebuah kedai di KLCC atau di Mid Valley Megamall, anda boleh menjana pendapatan yang hebat juga di internet.

Hari ini, memiliki kedai online atau perniagaan internet merupakan sesuatu yang menjadi trend dan ikutan ramai rakyat Malaysia hari ini. Sebelum anda memulakan perniagaan kedai online, pastikan anda ketahui dan memiliki ilmu bagaimana untuk memasarkan produk, menarik perhatian pelawat dan lain-lain ilmu berkaitan.

Jumpa lagi,


Noorizam Shah

Anda mungkin berminat

perniagaan internet

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah