Jangan Membeli Mengikut Emosi



Saya sendiri melalui situasi ini. Apabila kita pergi ke sesuatu tempat terutama tempat membeli-belah, kita pasti akan digoda dengan produk atau barang yang menarik dan cantik.

Jika anda seorang perempuan, mungkin anda mudah tertarik dengan pakaian, beg, alat solek ataupun kasut. Jika anda seorang lelaki, mungkin anda mudah tertarik dengan gajet elektronik, telefon bimbit, pakaian, jam tangan dan kasut.

Tahukah anda kekayaan seseorang itu bukanlah bergantung kepada berapa banyak pendapatan mereka sebulan, tetapi kekayaan itu disandarkan berapa banyak yang kita boleh simpan setiap bulan.

Sebab itulah, jika anda tidak mengawal emosi anda ketika membeli, ia akan membantutkan usaha anda untuk menjadi seorang yang kaya dan bebas dari masalah kewangan!

"Bagaimana hendak mengawal belian emosi? Walaupun sudah merancang, tapi, kita tetap rasa nak beli juga?"


Caranya ialah:

1. Buat dan tuliskan rancangan kewangan anda.

Sama seperti kita menetapkan matlamat diatas kertas, kita juga harus merancang kewangan kita diatas kertas! Sila ambil kertas dan pen, tulis setiap perancangan kewangan anda samada untuk harian, mingguan atau bulanan. Dengan menulis berapa bajet anda, secara tidak langsung SUBCONSIOUS MIND anda akan membantu anda dalam usaha mengawal pembelian secara emosi ini.

2. Bawa wang tunai sahaja, tinggalkan kad debit/kad kredit di rumah.

Ketika anda pergi ke pusat membeli-beli, cukuplah dengan bawa wang tunai sahaja. Jika anda anda kad debit atau kad kredit cuba tinggalkan di rumah. Bawa cukup-cukup untuk bajet belian anda dan selitkan sedikit wang extra di tempat yang tersorok di dalam wallet atau di dalam kocek anda bagi tujuan kecemasan. Manalah tahu masa nak keluar berbelanja tu, kereta rosak ditengah jalan.

3. Fikir untuk beberapa ketika sebelum buat keputusan membeli.

Apabila anda merancang untuk membeli sesuatu yang mungkin di luar perancangan anda, cuba berhenti, berehat dan ambil masa untuk memikirkan perkara itu. Adakah ia perlu untuk anda. Berfikir bukan bermaksud membuat keputusan dalam masa 10-20 minit tetapi berfikir untuk beberapa ketika atau beberapa hari sebelum membuat keputusan muktamad. Cuba anda yakinkan diri, adakah dengan membeli ia dapat menyelesaikan masalah atau keperluan anda. Janganlah keputusan itu hanya semata-mata untuk memenuhi kehendak anda.

Namun, jika ianya masih lagi merupakan keperluan, anda boleh la lakukan pembelian tersebut. Jika selepas beberapa hari atau minggu anda fikir ia tidak perlu, maka anda telah BERJAYA MENJIMATKAN WANG anda.

"Sekali lagi, kekayaan bukan beerti berapa banyak pendapatan kita, tetapi berapa banyak kita dapat menyimpan pendapatan kita."

Sekiranya pendapatan kita RM5,000 sebulan tetapi kita belanja sebanyak RM4800 sebulan, maka mereka yang berpendapatan RM1500 tetapi belanja sebanyak RM1000 sebulan adalah lebih kaya daripada kita!

Anda mungkin berminat

tip kewangan

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah