Monday, July 4, 2011

Pertama Kali Seminar di Kelantan

Pertama Kali Seminar di Kelantan



InsyaAllah, jika diberikan kekuatan dan tidak ada sebarang halangan, saya akan anjur dan adakan seminar istimewa untuk mereka yang berada di pantai timur. Seminar Jana Pendapatan Dengan eBay ini akan saya jayakan pada 8hb Julai 2011.

Inilah waktu terbaik untuk saya berkongsi pengalaman dan pengetahuan sepanjang saya berkecimpung di dalam perniagaan di eBay kepada masyarakat di pantai timur, khususnya mereka yang berada di Kelantan.

Sesi ini akan diadakan di Hotel Raudah, Kota Bahru, Kelantan bermula dari 9.00 pagi hingga ke 6.00 petang.

Apa yang menarik di dalam seminar ini, ia akan turut disertai peserta dari Indonesia selain dari peserta dari Selangor, Perak dan kebanyakan mereka hadir dari Terengganu dan Kelantan.

Terima kasih kepada semua bakal peserta yang sudi membuat pendaftaran dan bersedia untuk memberi komitmen bersama saya. Sekali lagi, insyaAllah saya akan berkongsi apa juga tip, trick, teknik dan panduan berguna untuk semua peserta yang hadir.

Saya akan mula bertolak pada hari khamis pagi dan insyaAllah akan check in di Hotel Raudah pada sebelah petang. Kepada semua 20 orang peserta yang bakal hadir ke seminar ini, nantikan kehadiran saya ditempat anda!

Kepada yang masih mahu menyertai seminar ini, boleh terus hubungi atau sms ke no 016-6407479 untuk makluman lanjut mengenai pendaftaran dan pembayaran. Terima kasih.

Jumpa saya di Kelantan jumaat ini!


Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search