Monday, July 25, 2011

Apa Itu Blog?


Mengimbas kembali mengenai blog. Trend menggunakan blog meluas di Malaysia sekitar tahun 2005. Perkataan blog merupakan sebutan ringkas bagi Weblog. Sama seperti laman web, blog dibina menggunakan perisian yang telah diformat bagi membolehkan sesiapa sahaja termasuk mereka yang tidak mempunyai pengetahuan teknikal mampu membina sebuah laman web mereka sendiri.

Jika anda membuat carian di internet, anda akan menjumpai blog-blog yang mengandungi kandungan atau maklumat tertentu. Ada blog yang dibina untuk menyampaikan maklumat mengenai minat seseorang, pemikiran atau pendapat. Maklumat itu mungkin hasil dari petikan maklumat ditempat lain atau pun hasil karya jujur seorang penulis blog.

Dengan ciri-ciri yang terdapat di dalam sebuah blog, ia sesuai dijadikan sebagai sebuah diari atau jurnal online yang menyiarkan pendapatan atau pandangan yang tidak rasmi seorang penulis blog.

Seperti yang saya kongsikan ketika ini, ia merupakan maklumat yang dirujuk tetapi saya hurai dan olah mengikut pemahaman saya sendiri.

Di dalam sebuah blog, terdapat banyak pautan yang dihantar ke sumber-sumber maklumat. Tiada tempoh ditetapkan untuk menghantar maklumat tersebut. Adakala ia ditulis secara berkala dan disusun mengikut kronologi dan kebiasaannya setiap maklumat yang baru ditulis akan diletakkan di bahagian atas/utama laman blog.

Di internet, anda boleh menukar paparan sebuah blog dan berfungsi seperti sebuah laman web. Ramai hari ini menggunakan laman blog sebagai medium pemasaran dan jualan produk secara dalam talian. Blogshop semakin banyak diwujudkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Blog juga dijadikan sebagai medan untuk berkomunikasi antara blogger dan pembaca. Dari sudut lain, blog dianggap lebih interaktif dalam menghubungkan blogger dengan pembaca setia mereka. Blog mempunyai ruang untuk meninggalkan komen dan sesebuah blog akan lebih nampak dikenali (popular) jika setiap post mereka dihujani dengan komentar-komentar berkualiti.

Mari kita lihat ciri-ciri utama sebuah blog:

Kandungan utama (Main content)

Ia merupakan isi sebenar blog yang sering ditulis dan dihantar oleh blogger.

Pautan ke RSS Feed
Satu pautan yang membolehkan pembaca melanggan (subscribe) kandungan blog secara percuma.

Tarikh dan masa
Blog mempunyai fungsi tarik dan masa bagi menunjukkan bila sesebuah kandungan blog dihantar oleh blogger ke dalam blog. Ini bagi membolehkan pembaca mengetahui kesegaran maklumat di dalam kandungan blog itu.

Permalink
Harus diingat, URL bagi halaman utama blog akan berubah apabila ia dikemaskini dengan kandungan baru. Jadi permalink ialah pautan tetap dan tidak akan mengubah URL blog itu yang mengandungi kandungan yang sama.

Komentar
Ia adalah satu cara di mana pembaca memberikan komentar terhadap kandungan blog yang dihantar oleh blogger.

Trackback
Satu senarai laman web atau blog lain yang dipautkan dengan kandungan blog. Semakin banyak trackback bermakna semakin popular sesuatu kandungan blog itu.

Blogroll
Satu senarai blog-blog kegemaran blogger.

Arkib (Archives)
Ia merupakan satu senarai pautan ke halaman yang menyimpan kandungan-kandungan blog yang terdahulu. Biasanya arkib akan menyimpan kandungan mengikut bulan berdasarkan tarikh ia dihantar oleh blogger terdahulu.



Klik like/send jika anda menyukai post ini.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search