Monday, July 4, 2011

Perniagaan Internet Bukan Lagi Halangan Untuk Dipelajari

Perniagaan Internet Bukan Lagi Halangan Untuk Dipelajari





Hari ini, apabila kita berkongsi ilmu mengenai perniagaan internet, ia bukan lagi menjadi halangan kepada sesiapa sahaja untuk mempelajarinya.

Di Melaka baru-baru ini saya telah dijemput oleh pihak Kolej Komuniti sebagai tenaga pengajar bagi kursus pendek Perniagaan Internet. Kursus pendek yang dijalankan selama 3 hari ini berjaya menarik perhatian hampir 30 orang peserta yang terdiri dari masyarakat setempat di sekitar kawasan Merlimau dan Jasin.

Dengan kepercayaan yang diberikan kepada syarikat saya, NS Consultation And Management, saya telah berkongsi ilmu dan pengalaman kepada peserta banyak topik antaranya erti perniagaan internet, contoh model perniagaan internet, program internet, blog, ebay, mudah, facebook dan banyak lagi.

Kursus pendek ini turut dijayakan dengan penyertaan saudara Najib Assadok sebagai tenaga pengajar untuk hari terakhir. Diharapkan dengan pendedahan ini dapat memberi manfaat buat semua yang hadir.

---------------------------------------
Kepada anda yang ingin menjemput saya sebagai tenaga pengajar, penceramah atau ingin mengadakan sebarang program berkaitan perniagaan internet, boleh menghubungi saya disini atau hubungi 016-6407479 (Iskandar).

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search