Jika Takut Keluarkan Modal Untuk Perniagaan Sendiri....

Jangan takut. Jangan kedekut. Jika anda mempunyai produk untuk dipromosikan di internet, blog, forum, facebook dan eBay, jangan berkira sangat untuk keluarkan sedikit modal. Jangan berkira sangat, bermaksud, janganlah setakat kos antara RM1-RM100 sampai kita tak sanggup nak keluarkan bajet.

Ada sesetengah orang, jika berniaga, mereka memang nak sangat untung besar tetapi jika nak untung besar, perlulah bersedia dengan modal. Namun begitu, kalau ada duit pun tak guna juga, kalau tak ada panduan yang betul untuk jalankan promosi berkesan.

Sebab itulah kita tengok didalam perniagaan, walaupun seseorang tu mempunyai modal yang cukup untuk melakukan pemasaran, tetapi disebabkan mereka tidak mempunyai panduan, mereka masih lagi gagal menghasilkan jualan yang baik.

Saya ambil contoh pemasaran di facebook. Berapa ramai yang berjaya menghasilkan jualan dengan berkesan? Jika anda login ke facebook hari ini, begitu banyak iklan samada di wall pemilik akaun, di wall orang lain, tagging gambar dan sebagainya. Ia berlaku tidak kira di dalam akaun profile, group atau fan page.

Sampai satu ketika, aktiviti spamming ini berlaku secara berleluasa. Tahukah anda, di facebook kita boleh melakukan promosi dengan cara yang betul dan lebih berkesan tanpa melakukan sebarang aktiviti spamming?



Mempromosi produk menggunakan facebook ads nampak lebih beretika, berkesan dan professional. Dengan kos pengiklanan yang murah, anda boleh mensasarkan prospek anda dengan lebih spesifik seperti lokasi, umur, kegemaran dan sebagainya.

Ia lebih baik daripada anda menjalankan promosi secara percuma di facebook, menggunakan teknik tagging yang mungkin secara tidak langsung mereka yang ditag sebenarnya tidak selesa dengan tindakan yang anda lakukan.

Dahulu, saya pernah juga buat kaedah tagging ini, tetapi apabila saya melihat kesan jangka masa panjang, saya telah kurang mempraktikkan teknik sebegini. Jika saya nak tag pun, gambar tersebut bukanlah menjurus promosi secara terang-terangan. :)

Bagi anda yang membaca post saya ini, mungkin agak janggal atau tidak pernah mempunyai pengalaman menjalankan promosi menggunakan facebook ads, atas alasan tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.

Ok, kebetulan Ammar Zahar telah menerbitkan panduan video mengenai pemasaran di facebook, apa kata anda baca info yang dikongsikan oleh Ammar Zahar di link ini.

Saya telah pun memiliki video pemasaran facebook ads dari Ammar Zahar ini. Kalau saya komen sangat nanti anda kata, saya cuba cerita yang baik-baik je. So, lebih baik, anda sendiri yang tonton video ini dengan cara dapatkannya hari ini disini.

Saya ada terima emel dari Ammar Zahar, dia maklumkan video ini hanya akan dijual sebanyak 500 unit sahaja. Lepas tu dia nak tutup. Dengar cerita, video ini telah terjual lebih 150 unit dalam beberapa hari sahaja. Siapa tak kenal Ammar Zahar, produk yang dijual, mesti akan habis tak sampai 1 bulan. Jadi, kalau anda nak tuntut ilmu mengenai pemasaran ads, pastikan video ini menjadi salah satu koleksi panduan anda.

Mungkin hari ini anda kata, anda tak berniaga lagi sebab produk pun takda. Tapi, mana tahu akan datang apabila tiba masa anda nak menjual dan melakukan promosi di facebook, masa itulah nak cari panduan dan kebetulan panduan sukar diperolehi atau harga dijual lebih tinggi daripada yang anda lihat hari ini.

Sekarang, anda tentukan sendiri samada pelaburan yang anda hendak buat ini berbaloi atau tidak.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Anda mungkin berminat

video

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah