Wednesday, November 12, 2014

Whatapps Double Tick Blue Mengganggu Privacy - Bagaimana Cara Elak?

Whatapps Double Tick Blue Mengganggu Privacy - Bagaimana Cara Elak?



Baru-baru ini Whatapps update app di Google Play dan Apple Store dengan paparkan fungsi double tick blue.

Double tick blue membawa maksud mesej yang dihantar pengirim telah dibaca oleh si penerima. Tadi saya ada blogwalking Blog Emas Putih dan beliau berkongsi info macam mana nak elak mesej yang dihantar oleh pengirim dapat dilihat oleh mereka?


Jika sebelum ni status last seen pun boleh menyebabkan seseorang itu bergaduh (biasa kes suami isteri, pakwe makwe), inikan pula status double tick blue. Hahaha.

Jika anda selalu mendapat mesej whatapps dari seseorang yang mungkin anda tidak mahu dia tahu anda telah membacanya, anda boleh ikut cara ini:

1. Apabila kita on mobile data/wifi kita akan terima mesej dari si pengirim. Semasa pengirim menghantar mesej, fungsi satu tick bermaksud mesej telah berjaya di hantar.

2. Apabila fungsi menjadi double tick, ia bermaksud mesej telah sampai ke telefon penerima.

3. Kemudian, bila fungsi double tick blue dipaparkan di skrin, itu bermaksud mesej tersebut telah dibaca oleh si penerima.

Untuk elakkan step nombor 3 ini berlaku, semasa anda terima mesej whatapps dari si pengirim, jangan terus buka mesej itu. Apa yang perlu anda buat ialah, matikan (offline) mobile data/wifi terlebih dahulu.

Kemudian baru buka mesej dan baca. :)

Selepas baca, keluar dari mesej tadi dan barulah on kan mobile data/wifi anda.

Kepada anda yang suka mengambil tahu atau menjaga kain pasangan, pasti anda tidak suka tips ini. Hahaha. Jumpa lagi!


http://www.facebook.com/noorizamshah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search