Monday, November 10, 2014

Perhatian Pengeluar Produk: Jangan Belajar Menjual Produk Kita

Perhatian Pengeluar Produk: Jangan Belajar Menjual Produk Kita

Topik perbincangan dari Ainon Business School (ABS) ini menarik minat saya untuk dikongsikan disini.

Menurut puan Ainon, pengasas ABS, apabila kita mengeluarkan produk sendiri, ini bermakna kita adalah 'pengeluar'. Beliau menulis, sebagai pengeluar produk, kita jangan belajar menjual produk kita.

Ini kerana, tugas menjual produk terletak kepada tugas seorang salesman. Kerja seorang salesman ialah mencari pembeli. Padang duitnya adalah kecil.

Jika kita seorang pengeluar hanya fokus kepada menjual, kita sama dengan seorang salesman. Tidak ada salesman yang kaya-raya.

Sebagai seorang pengeluar, kita perlu belajar ilmu memasarkan dan mengedarkan produk yang dikeluarkan. Ini barulah betul.

Kena faham, menjual dan memasar maksudnya berbeza. Tugas seorang pengeluar atau pengedar ialah mencari channel dan membuka channel.

Tidak ada pengedar yang miskin.

Kena ingat, seorang salesman tidak menanggung risiko bankrap. Jika produk yang dijual tidak laku, dia boleh tukar barang lain. Asal boleh jual, dia akan jual.

Risiko bankrap yang besar adalah ditanggung oleh pengeluar. Pengeluar berhutang dengan bank untuk mengeluarkan produknya. Bila produk tersangkut dalam setor, pengeluar yang merana.

Duit pengedar datang dari channel yang dibina. Semakin banyak channel kita, semakin besar duit kita. Bak kata seorang mentor berbangsa cina, "Jangan belajar ilmu menyusun bata. Belajar ilmu membuat bangunan."

Ilmu menjual itu ibarat ilmu menyusun bata!

Ilmu induk dalam bisnes adalah ilmu pemasaran dan pengedaran. Dua ilmu ini tidak boleh dipisahkan. Ilmu pemasaran adalah ilmu yang "membakar" duit.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search