Tuesday, November 11, 2014

Tiada Rezeki Hari Ini? Sabar dan Redha...

Tiada Rezeki Hari Ini? Sabar dan Redha...



"Kalau hilang rezeki, perlu sabar dan redha. Nanti Allah swt akan gantikan dengan rezeki yang lain mungkin lebih banyak dan lebih baik lagi" - Irfan Khairi

Rezeki yang ada bertebaran di muka bumi ini belum pasti milik kita. Jika milik kita, kita perlu berkongsi dengan orang lain.

Jangan kedekut berkongsi rezeki. Duit, harta dan makanan itu semua adalah perantara laluan rezeki. Duit RM1 yang kita terima, ia akan berpindah kepada orang lain selepas itu. Boleh jadi duit RM1 yang kita pernah terima dulu akan datang semula kepada kita selepas beberapa kali berpindah tangan.

Fitrah kehidupan dan kejadian alam, ia umpama putaran roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Mereka yang berada di atas sentiasa akan diuji. Begitu juga mereka yang berada di bawah.

Kepada anda yang menjalankan bisnes di internet, jangan stress andai hari ini tidak ada sebarang jualan. Kita sebagai peniaga, jangan berhenti untuk berkongsi. InshaAllah perkongsian ikhlas dengan niat kerana Allah, urusan bisnes kita akan dipermudahkan.

Kalau bukan rezeki duit yang kita terima hari ini, boleh jadi rezeki dalam bentuk lain. Ada kawan belanja makan, dapat tahu kesihatan mak ayah bertambah baik, di lamar syarikat terkemuka untuk bekerjasama atau boleh jadi dinaikkan pangkat.

Pesan seorang guru, jangan kita mengejar rezeki tetapi menarik rezeki dekat kepada kita.

Perbetulkan amalan dan niat kita. Jika sebelum ini kita nak cari rezeki sebab nak selesai kan hutang, apa kata kita betulkan niat kita, "Aku mencari rezeki ini adalah niat kerana Allah taala. Dengan dipermudahkan rezeki ini, dapatlah kiranya aku selesaikan hutang piutang aku hari ini".

Doa saya semoga kita urusan dan pekerjaan kita dipermudahkan Allah dan dijauhkan dari fitnah manusia, dajjal dan jin.

Follow us: http://www.facebook.com/noorizamshah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search