Friday, November 21, 2014

Perlu Ke Ambil Artis Untuk Jadi Duta Produk Kita?

Perlu Ke Ambil Artis Untuk Jadi Duta Produk Kita?



Nak deal dengan artis ni kena tengok apa matlamat kita. Sebab apa nak ambil artis jadi model atau duta produk kita?

Kebanyakan artis kat Malaysia ni dah tentu cantik dan menarik. Ramai artis yang dah mempunyai kulit yang mulus, gebu, menawan dan rupawan. Kebanyakan artis-artis yang popular dan ada rupa paras sering mendapat perhatian syarikat produk untuk dijadikan model ataupun duta.

Tengok je Rozita Che Wan berapa banyak syarikat yang melamar dia sebagai jurucakap produk. Izzue Islam, berapa banyak produk yang dia jadi penghias muka? Zizan Razak jangan cakaplah.

Itu artis-artis yang top. Yang kurang top pun ada. Yang baru nak naik pun ada.

Saya tak tahu company lain deal macam mana? Ikut pengalaman saya sendiri pernah deal dengan artis yang tak ada la top mana pun. Tapi bayaran yang diminta bukan sikit-sikit. Mencecah puluhan ribu juga untuk kontrak beberapa bulan.


Lihat apa tujuan kita lantik mereka jadi duta kita. Apakah syarat-syaratnya. Sebab ada sesetengah artis ni dia tak buat kerja sangat, tapi still nak bayaran tinggi.

Kebetulan malam kelmarin main futsal dengan seorang usahawan jutawan ni, dia ada sebut baru nak deal dengan seorang selebriti muslimah ni. Follower kat instagram adalah dalam 100k lebih orang.

Dan seperti biasa, kalau kita nak deal dengan artis ni, kita akan lalui orang tengah a.k.a pengurus. Mereka yang akan buka harga. Sangatlah wow, bila harga yang diminta tu dalam RM350k untuk kontrak setahun sebagai duta.

Glup!

Kita bukanlah big company macam Nestle, Mc Donald, Ikea atau Naza World.

Lebih baik duit sebanyak itu dilaburkan dalam kempen pemasaran dan tingkatkan jenama produk. Banyak produk yang berjaya tanpa menggunakan sebarang artis Malaysia dan menjana jutaan ringgit pulangan setiap tahun.

Dah la banyak puluh ribu untuk jadi jurucakap,

Kadang-kadang artis tu sendiri pun tak promote sangat produk kita. Memang betul, dengan menggunakan artis mampu melonjakkan jualan. Tapi tengok jugalah. Kalau artis suam-suam kuku, kadang-kadang ada kontroversi, kena pulak bayar mereka sampai ratus ribu ringgit, silap haribulan bukan berikan sales naik, menjatuhkan sales lagi ada.

Ada juga yang jenis pengurus artis yang getik sikit, bila habis kontrak, semua gambar artis sebagai duta kena tarik keluar dari syarikat yang melantik. Sampai gambar yang tidak rasmi pun diminta padamkan.

Tapi tak semua yang macam tu. Ada juga yang pengurus dan artis itu sendiri sangat ok. Dah tentu sah-sah artis tu sebelumnya memang guna produk tersebut. Takkanlah tak boleh ada sejarah kot. Dah bayar ratus ribu, kemudian satu debu pun tak boleh tinggal.

Itu yang terjadi dengan satu produk milik usahawan wanita yang guna artis ni. Memang syok bayar setahun ratus ribu. Sekali buat kontroversi, habis sales drop dan terus tamatkan kontrak awal.

Tuan Wan Nong, pengarah strategik dan merupakan seorang speaker dalam MBA in One day pernah berkata, kebanyakan artis kita ambil job sebagai jurucakap hanya lebih kepada untuk dapatkan income mereka sahaja. Tak ramai artis yang serius nak bantu syarikat, lagi-lagi kalau syarikat tu baru dan tak ada bajet kewangan yang besar.

Sebab tu sekejap nampak artis tu jadi jurucakap produk ni, kemudian jadi jurucakap produk lain. Jarang kita nampak artis tu jadi jurucakap produk bertahun-tahun lamanya.

Lebih baik bayar model sambilan yang good looking jadi model produk kita. Sekarang pun, kalau tengok kat instagram banyak model-model freelance yang boleh beri kerjasama dengan bayaran yang sangat berbaloi.

Follower mereka pun boleh tahan juga.

Anda sebagai pengguna produk, anda percayakan duta atau produk itu sendiri?






--------------

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
www.facebook.com/noorizamshah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search