Thursday, November 13, 2014

Projek 100 CD Untuk Lantai Surau Tahfiz

Projek 100 CD Untuk Lantai Surau Tahfiz

 Dipetik dari facebook tuan Syaizul Amal

Mohon tuan puan bantu saya sebarkan gambar ini melalui FB, Whatsapp dan Instagram. Itu gambar latest Ustaz Nazrey Raihan di tapak surau tahfiz. Ustaz masih di Sabah sekarang ini.

Saya minta Ustaz Nazrey kongsikan gambar beliau memilih jubin dan juga proses membayar deposit. Jumlah barangan jubin yang ditempah adalah seperti dalam gambar. RM16k sudah pun dibayar. Kita jangkakan siap dalam tahun ini juga.

Tajaan baru 100 CD.
Semalam saya mendapat satu lagi tajaan tambahan 100 lagi CD oleh Tuan Ahmad Qushairi Mohd. Beliau telah membeli 100 CD pada harga RM1990 dan mengamanahkan kepada saya untuk menjualnya pada harga minima RM50 dan 100% hasil jualan dimasukkan dalam dana lantai surau ini.


Edaran melalui Broker Akhirat.
Oleh kerana kita sudah ada 100 CD dalam fasa 2 untuk jualan secara online. Maka 100 CD tambahan fasa 3 ini, saya bercadang mahu guna cara kerja yang lain.

Saya mahu wakil-wakil SOD yang berada tawarkan diri, jual dikalangan rakan-rakan pejabat dengan harga RM50 ke RM100 setiap satu. Kempen hingga dapat 10 pembeli. Masukkan duit dalam akaun yang kami sediakan. Kami kan hantar 10 CD dan sijil kepada tuan puan. Jadi tuan puan sampaikan kepada rakan pembeli tadi, by hand.

Saya mahu wakil dari Telekom, Maybank, CIMB, Petronas, dan institusi swasta yang lain tampil tawarkan diri. Boleh PM saya jika tidak mahu letak dalam komen.

Untuk 100 CD Fasa 3 ini, saya mahu kempen one to one. Jumpa face to face. Jadi mohon rakan-rakan FB yang sudi, tampil untuk tawarkan diri.

Terima kasih. Selamat berusaha wahai Broker Akhirat sekalian.

Untuk menginfaq, sila rujuk link dalam gambar di atas.


Noorizam Shah
www.facebook.com/noorizamshah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search