Monday, November 24, 2014

Bagaimana Nak Naikkan Follower Di Instagram? (Penjual Produk Mesti Baca Ini)

Bagaimana Nak Naikkan Follower Di Instagram? (Penjual Produk Mesti Baca Ini)



Jika anda menjual produk di Instagram, anda boleh cuba beberapa panduan di ini. Ada cara pantas/shortcut, ada juga cara kena buat kerja lebih sikit. Jadi terpulang anda mahu yang mana.


Artis Review Produk
Cara paling pantas untuk anda naikkan followers dan dapatkan jualan adalah meminta artis/selebriti popular untuk review produk anda.

Yang ni ada yang anda perlu bayar mahal untuk sekali review. Ada juga yang murah (depend). Ada juga yang dapat free review dari artis.


Macam saya, dulu masa lantik duta produk, memang saya minta duta buat review atau promote produk saya. Walaupun tak huru-hara, tetapi ok lah. Memang artis boleh mendorong peminat membeli produk.

Tengok artis tu tahap popular macam mana, kalau suam-suam kuku, sales pun suam-suam kuku. Antara produk yang meletop hasil review produk ialah AuraWhite, ketika tu Hanez Suraya dari duta produk. Memang meletop-letop jualannya.

Kalau anda follow artis-artis di instagram, ada yang tawarkan review produk dengan kadar bayaran tertentu. Antara artis yang kenakan bayaran untuk review ialah Fynn Jamal, Nana Mahzan, Heliza Helmi.

Atau anda boleh dapatkan review dari Sosial Selebriti seperti AtitaHaris, MyaZulkifli dan ramai lagi.

Salah satu trick penjual nak dapatkan review free, biasanya mereka akan beri produk percuma kepada artis-artis tertentu dan minta mereka post dalam instagram dan tag nama sipenjual/pengirim produk.

Swap Review

Kaedah Swap review banyak dipraktik oleh antara penjual produk dengan penjual yang lain. Katakan anda buat bisnes jual tudung, anda boleh review produk orang lain di instagram anda. Secara tak langsung anda akan bertukar-tukar follower.

Hashtag

Hashtag juga boleh menyumbang follower ke akaun instagram anda. Dengan menulis hashtag tertentu, seseorang boleh singgah dan follow akaun anda jika produk yang anda paparkan itu menarik minat mereka. Contoh hashtag popular ialah #sayajual #visitmyig.

Ada juga yang mempopularkan hashtag sendiri seperti Wak Doyok "akuyangpakaikauyangpanas". Ada juga yang ambil kesempatan dengan trending hashtag tertentu dengan post produk-produk jualan mereka seperti #juaralagu, #muzikmuzik14 #akademifantasia #af2014 #maharajalawakmega14 #gegarvaganza #mh17.

Komen di instagram Artis
Artiskan ramai pengikut. Macam Zizan Razak, instagram dia je ada 1 juta pengikut. Ramai yang komen di akaun Zizan Razak, lebih kepada promote produk. Dah jadi tempat iklan text percuma pula. Zizan Razak pun ok je. Tak ada kesah.

Biasa yang rimas sikit dengan kaki spam iklan ini artis macam Erra Fazira dan Nora Danish. Tapi tidak dengan Fasha Sanda. Kalau nak promote bisnes kat akaun Fasha Sanda, memang dia kata tak kesah.

Tak apalah, bagi peluang orang berniaga cari rezeki dengan promote supaya pengikutnya boleh turut support produk si penjual. Asalkan berpada-pada dalam promosi udah lerr, katanya.

Software Instagram Bot

Satu lagi cara untuk si penjual dapatkan follower instagram dengan pantas adalah mengambil servis menaikkan follower melalui instagrambot.Memang ada yang buka servis naikkan follower, komen, like di akaun instagram si penjual.

Yang ni ada risiko juga. Jika salah percaturan akaun instagram boleh kena suspend.

Jom follow instagram saya di www.instagram.com/noorizam

(akaun saya set private sebab privacy dan approve manual je)






Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search