Boleh Atau Tidak Lelaki Berambut Panjang Melepasi Bahu?



Zaman sekarang, kalau lelaki yang berambut panjang biasanya dikaitkan dengan kerjaya. Kebiasaannya lelaki yang berambut panjang adalah seorang photographer, pengarah filem, pelakon, penulis novel dan majalah serta penyanyi.

Kebanyakan mereka ini terlibat dalam industri seni. Kalau ustaz atau penceramah, jarang kita dapat jumpa mereka berambut panjang. Yang saya kenal pun ustaz Akhil Hayy. Itu pun dulu dia bekas penyanyi kumpulan rock 80-an.

Saya masa usia awal 20-an dulu pernah juga simpan rambut panjang tapi tak kekal lama. Bila dah rimas, cukur botak terus. Tadi masa tengah sembang dengan wife dalam kereta, ada juga saya bagitau kalau saya simpan rambut dan biarkan panjang boleh tak?

Rasanya takda lagi saya pernah bergambar rambut panjang melepasi bahu. Huhuhu.

Tadi saya buat blogwalking dan terjumpa info mengenai lelaki berambut panjang dalam islam. Blog Tok Wan ini berkongsi artikel panjang lebar kenapa zaman nabi dulu lelaki berambut panjang.

Menurut pandangan ahli agama meyimpan rambut panjang adalah salah satu sunnah nabi S.A.W. Tetapi zaman sekarang kalau berjalan ke mana-mana majoriti kita jumpa lelaki berambut pendek dan kemas. Bukan lagi zaman rock kapak tahun 80-an.


Dalam blog Tok Wan menyatakan zaman nabi dahulu ketika perang memang pahlawan islam menyimpan rambut panjang. Tujuan mereka menyimpan rambut panjang adalah sebagai "perisai" dari mudah ditetak musuh. Ia dapat dielakkan dari kepala dipancung dengan mudah oleh musuh.

Saya ambil artikel tahun 2012 ini dan saya kongsikan di bawah;

---------------

Lelaki Rambut Panjang Dalam Islam

Ini ada satu topik menarik mengenai lelaki yang menyimpan rambutnya panjang, mengikut kata para ulamak dan dari kajian yg hamba dapati, menyimpan rambut panjang adalah salah satu daripada sunah nabi, tapi masyarakat sekarang dah start memandang serong terhadap laki2 yang berambut panjang, iye lah zaman moden la katakan...

Ianya menyerupai wanita kalau MENGIKAT RAMBUT, sebab orang laki2 tak dibenarkan mengikat rambut pasal tradisi itu hanya digunakan oleh wanita. Nabi dahulu menyimpan rambutnya melebihi paras bahu. Dari apa yang hamba dengar pula, orang2 zaman dulu menyimpan rambut panjang kerana ianya dapat dijadikan perisai di waktu perang.

Pedang apabila ditetak di leher kalau takde rambut, dah tentu terus terpancung leher, dengan mempunyai rambut yg panjang, sekurang-kurangnya ia menjadi satu perisai untuk mempertahankan leher daripada dipancung dengan mudah. Sebab itu tentera islam dulu semuanya berambut panjang.

Sebab ke-dua kenapa tentera islam dulu menyimpan rambut panjang adalah supaya menimbulkan rasa takut kepada pihak musuh, ini counter attack sebelum bermula perang, hampir semua tamadun dulu menggunakan cara ini, tentera German di waktu perang dunia pertama juga menggunakan cara ini untok menakut-nakutkan musuh mereka dengan mengenakan topi perang yang mempunyai tanduk satu.

Bacaan selanjutnya: Blog Tok Wan


---------

Artikel ini hanya untuk bacaan dan perkongsian ilmiah. Jika ada kesilapan atau bercanggah maklumat, boleh rujuk kepada mereka yang lebih arif. Wallahualam.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Follow us: http://www.facebook.com/noorizamshah

Anda mungkin berminat

sudut pandang

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah