Friday, August 5, 2011

Siapa Kata Facebook Itu Dakyah Yahudi?

Siapa Kata Facebook Itu Dakyah Yahudi?

Saya kurang senang apabila ada dikalangan kita menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih dan berunsur emosi yang negatif di wall facebook mereka. Lebih-lebih lagi perkara yang mungkin 10 tahun lalu telah dibincangkan, dibangkitkan semula seperti ia baru berlaku semalam.

Apa kata, kita sebagai pengguna internet, menggunakan medium sosial ini tempat mengumpul maklumat bermanfaat, berkongsi sesuatu yang baik dan berdakwah ke arah yang lebih positif.

Di facebook kita boleh membina pengaruh berunsur baik atau sebaliknya. Jika kita tahu dimana letakkan kredibiliti kita, sudah pasti untuk membina pengaruh amatlah mudah. Cuba anda lihat facebook profile milik Puan Ainon Mohd, beliau berjaya membina pengaruh dengan memperbanyakkan amalan kerja-kerja sosial. Hasilnya, ramai yang memberi sokongan dengan setiap idea projek yang dikembangkan di wall facebook beliau.


Saya pasti projek-projek sebegini tidak akan berjaya dilakukan tanpa sokongan dari rakan-rakan facebook beliau yang tidak jemu bersama-sama melakukan viral pengumuman kepada pengguna facebook yang lain. Tanpa perlu melibatkan sebarang kos pengiklanan, bajet sehingga berjuta ringgit, beliau mampu melepasi sasaran awal bagi setiap projek yang dirancang.

Jika anda prihatin dengan kerja sosial ini dan berminat untuk bersama-sama menjayakan projek ini, boleh kiranya layari facebook Puan Ainon Mohd atau hubungi beliau di Universiti PTS.

Jadi tidak timbul soal kita menyokong dakyah yahudi walaupun pengasas facebook berbangsa yahudi.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search