Masalah Akaun Paypal Access Limit



Hari ini semakin ramai yang menggunakan Paypal sebagai medium memproses pengiriman dan penerimaan bayaran secara elektronik. Boleh dikatakan kebanyakan laman web di Malaysia atau di dunia banyak menerima kaedah pembayaran melalui Paypal.

Jika anda ingin menjalankan perniagaan di internet, Paypal adalah salah satu tools pembayaran yang perlu anda miliki.

Di eBay, nama Paypal cukup sinonim dikalangan penjual dan pembeli. Ia umpama seperti isi dengan kuku. Untuk memudahkan transaksi dibuat antara pembeli dengan penjual dari negara yang berbeza, eBay amat mengesyorkan Paypal digunapakai di dalam setiap transaksi bisnes ini.

Apabila saya kaitkan Paypal dengan eBay, ini bermaksud setiap penjual harus tahu mengurus dan menggunakan akaun Paypal. Ia boleh dikatakan sebagai alat perbankan utama si penjual.

Namun, ada beberapa perkara yang tidak disukai pengguna Paypal iaitu apabila akaun mereka di freeze atau access limit. Ini terjadi disebabkan pengguna Paypal tidak berhati-hati dan mengguna akaun Paypal dengan cara yang salah atau tujuan yang tidak dibenarkan Paypal.

Apabila akaun anda dibekukan, anda tidak akan dapat membuat sebarang pengeluaran dan pemindahan wang. Ini agak menyukarkan anda jika anda ingin menggunakan wang tersebut untuk membayar pembekal produk.

Jadi, apabila anda berhadapan dengan masalah ini, anda harus lihat terdapat arahan bagaimana untuk melepasi masalah access limit ini. Paypal biasanya akan hantar notis ke emel atau maklumkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk pengesahan akaun.

Tugas anda ialah sediakan semua dokumen yang diminta dan hantar kepada Paypal menggunakan kaedah muatnaik atau pun fax ke nombor yang tertera di dalam emel anda.

Bagi mereka yang baru memiliki akaun Paypal dan masih lagi tidak faham fungsi keseluruhan akaun Paypal ini, anda boleh dapatkan video Panduan Paypal Malaysia disini.

Jumpa lagi,


Noorizam Shah

Anda mungkin berminat

paypal

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah