Friday, August 19, 2011

Langkah Membentuk Kesedaran Minda

Langkah Membentuk Kesedaran Minda

Berapa kerap kita berfikir perkara-perkara positif setiap hari? dan berapa kerap pula kita berfikir perkara-perkara negatif setiap hari?

Tanya diri kita. Jika ada yang negatif, sila buangkan persepsi salah di dalam diri anda sekarang.

Cuba anda ambil sehelai kertas dan tuliskan segala kepercayaan anda pada kehidupan dan kekayaan. Tuliskan seberapa banyak kepercayaan yang anda miliki dan teliti sama ada ia bersifat negatif ataupun positif. Jika anda mendapati terlalu banyak yang negatif, sila tukarkan kepercayaan itu supaya ia menyokong matlamat bagi memiliki kekayaan.

Kemudian, tanamkan kepercayaan baru dengan mengulangi kepercayaan itu dalam minda setiap hari sehingga ia kekal sebati.

Mari kita hentikan perkataan negatif dalam hidup kita. Hentikan segala perkataan negatif yang cuba masuk ke dalam fikiran kita. Cuba biasakan diri dengan memerhati ayat-ayat yang keluar sama ada daripada mulut ataupun fikiran kita.

Orang yang hebat selalunya mempunyai pemerhatian diri sendiri yang baik. Jika anda seorang yang hebat, anda perlu peka pada apa yang anda sedang fikirkan, ucapkan dan dipakai setiap hari.

Hakikatnya, ramai orang diluar sana tidak peduli pada diri mereka sendiri kerana sibuk memerhatikan orang lain. Akibatnya, kita tidak sedar pada pemikiran dan penampilan diri. Jom kita tukar pemikiran kita setiap hari daripada memikirkan berkenaan kegagalan kepada kejayaan. Dengan itu, kita mula menyedari kekayaan sebenarnya banyak terdapat di sekeliling kita.

Untuk membentuk kesedaran minda, dengan banyak membaca dan mendengar kisah kejayaan orang lain, ia dapat menanamkan perkara positif. Perbanyakan membaca buku ataupun artikel berkaitan kejayaan, menghadiri seminar motivasi, mendengar audio pembangunan diri yang banyak dijual dan mendapatkan berita-berita berkenaan kejayaan usahawan membina empayar perniagaan.

Cuba anda lihat kisah kejayaan seseorang. Kekayaan bukan sekadar pada projek-projek berjuta ringgit. Ramai yang memulakan langkah jutawan daripada peniaga goreng pisang, pengutip besi buruk, penjaja barangan dari rumah ke rumah, menaja orang setiap hari dan pelbagai lagi kisah kejayaan yang boleh anda jadikan sebagai sumber inspirasi.

Banyakkan bergaul dengan orang yang berjaya. Kesedaran juga dapat terbentuk daripada persekitaran ataupun pergaulan. Ramai orang tahu bagaimana pergaulan mempengaruhi diri individu itu dalam kehidupan mereka.

Oleh itu, apabila kita bergaul dengan orang yang berjaya dalam kehidupan ataupun usahawan yang menuju kepada kejayaan kewangan, sedikit sebanyak kita pasti mempunyai keseddaran meniru kejayaan mereka.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search