Wednesday, August 24, 2011

Review Blog Malaysia Berdasarkan Google Page Rank

Review Blog Malaysia Berdasarkan Google Page Rank



BlogMalaysia.com merupakan sebuah blog direktori yang dibina khusus untuk mengumpul laman-laman blog tempatan. Di dalam direktori ini tersenarai sebanyak 15963 buah blog yang dipecahkan kepada 27 kategori berbeza.

Sebenarnya banyak lagi blog direktori dan senarai blog-blog yang terdapat di BlogMalaysia bukanlah secara rasmi menduduki tempat paling popular di Malaysia, akan tetapi apa yang ingin saya kongsikan disini ialah, masih terdapat beberapa blog yang hebat dari segi Google Pank Rank.

Apa yang saya lihat daripada jumlah blog yang banyak mendaftar di BlogMalaysia, hanya ada dua sahaja blog yang memiliki Page Rank paling tinggi iaitu 6. Blog tersebut ialah: TESLMalaysia dan AirAsia

TESLMalaysia


Blog ini merupakan platform kepada semua guru yang mengajar TESL dan mereka berkongsi maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan English Language Teaching.
Jadi buat mereka yang menyumbang dan berkongsi pengetahuan mengenai TESL, mereka boleh melayari laman blog ini.


Air Asia Blog


Blog yang dibina oleh Air Asia ini merupakan idea yang menarik juga. Jika anda merupakan penumpang dan pelanggan Air Asia, anda boleh menulis post di blog ini. Mungkin anda ada kisah-kisah menarik yang anda ingin kongsikan dengan pembaca blog Air Asia ini seperti lawatan tempat-tempat menarik, kisah perjalanan penerbangan anda dan sebagainya. Kirimkan post anda di sini dan jika ia bersesuaian dengan guideline Air Asia, post anda akan dipaparkan.

Berikut adalah senarai blog yang memperolehi Google Page Rank 5:

1. Paul Tan's Automotive News
2. 1.com.my
3. MY Voice For Malaysians
4. Sifoo
5. VinceOng.com
6. architecture enlightens life
7. julianhopkins.net
8. Architecture-咖菲论阿柒
9. Best Weight Loss Diet
10. Work at Home Internet Business

dan terdapat 26 lagi laman blog yang memiliki Google Page Rank 5. Kebanyakan blog-blog yang mendapat kedudukan yang baik di Google merupakan blog yang telah berusia lebih dari 4 tahun. Mereka menulis berdasarkan kepakaran yang mereka tahu. Namun, ada juga beberapa blog yang merupakan blog carca marba tetapi mendapat page rank yang agak baik.

Blog saya di NoorizamShah.com ketika dulu juga pernah mencatat kedudukan yang terbaik iaitu page rank 5 sebelum ia merudum jatuh ke page rank 3 dan kekal sehingga ke hari ini.

Saya cukup tertarik dengan blog Architecture-咖菲论阿柒 kerana bagi saya tidak banyak blog yang mendapat kedudukan baik seperti ini dan saya yakin walaupun saya menggunakan platform blogger untuk menulis blog ketika ini, jika saya konsisten dan mengisi blog saya dengan bahan-bahan bermaklumat, sudah pasti blog ini juga mampu menerima page rank yang baik. Mungkin ia akan mengambil sedikit masa kerana blog ini baru berusia tak sampai setahun jagung.

Doakan blog ini dapat meninggalkan sesuatu yang bermakna kepada anda.

Jumpa lagi,


Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search