Tuesday, December 18, 2012

Rakaman Video Untuk Digi Bersama Lisa Surihani

Rakaman Video Untuk Digi Bersama Lisa Surihani

Selepas habis sahaja seminar eBay di Kelantan sabtu lalu, saya bergegas balik ke KL untuk hadiri sesi penggambaran video iklan digi di Shah Alam bersama Lisa Surihani.

Saya melalui blog NoorizamShah.blogspot.com ini telah dipilih sebagai salah seorang blogger yang akan turut serta dalam video ini nanti. Siapa kata menulis blog tidak mendapat perhatian? Kannn...

Saya hadir bersama isteri dan anak-anak saya. Ada ramai juga blogger dan tweeter yang datang. Ada dari Johor Bahru. Ada yang dari Kelantan. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan melakonkan aksi berdasarkan skrip yang telah dipilih oleh pengarah video.

Bagaimana aksi saya nanti? Saya pun tak tahu.. kita tengok je la bila video ni dipublish di Youtube ya. Nak dijadikan cerita, isteri saya pun terlibat sekali dalam video Digi ni. Hahaha.

Kami Buddyz, Kami Takkan Terpisah.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search