Thursday, December 27, 2012

Bermain Futsal Untuk Kesihatan Badan

Bermain Futsal Untuk Kesihatan Badan

Sejak kebelakangan ini, rajin pula saya bermain futsal. Saya pun tak ingat bila kali terakhir bermain. Tapi sejak berhenti merokok setahun yang lalu, stamina saya semakin baik. Tak ada la kalau berlari mengejar bola, sikit-sikit nak semput. Memang ada perbezaan bila tak merokok. Badan rasa lebih segar dan cergas. Sudah pasti baik untuk kesihatan. :)

Kenapa saya bermain futsal walaupun hakikatnya saya ini kaki bangku. Bukan pandai pun menyepak bola. Selain faktor nak jaga kesihatan, saya juga dapat berkenalan lebih rapat lagi dengan rakan yang berada dalam industri perniagaan di internet ini.

Kebanyakan dari mereka ini dari bidang yang berbeza. Ada yang berpengalaman dalam bisnes Multi Level Marketing, Facebook Marketing, Email Marketing, eBay, hartanah, pelaburan emas dan silver, affiliate, kontraktor, penulis buku dan ramai lagi. Ramai juga muka-muka baru yang saya kenal. Mungkin perasan nama dan gambar mereka di facebook tetapi bila dah jumpa bersemuka ni, in sha Allah bertambah kenal :)

Antara sebab lain kenapa saya bermain futsal ialah saya melihat berat badan saya ini meningkat sejak bekerja depan komputer. Sebagai individu yang menjalankan perniagaan dan pemasaran di internet, saya kerap berada di hadapan komputer. Kadangkala sehingga berjam-jam. Jadi, dengan duduk tanpa melakukan senaman mengeluarkan peluh, ia tidak bagus untuk tubuh badan saya. Jadi salah satu cara untuk mengeluhkan peluh secara ekstrem ialah berlari dan bermain futsal. Semoga spare tyre kat depan ini susutlah hendaknya.

Jadi jangan lah ketawa kalau nampak saya bermain dan menyepak bola pun entah ke mana. :)

----------------------------------------------------------------------
Update: Kouta kekosongan seminar Dropship Artsnow + eBay

Lokasi Pulau Pinang - tinggal 6 kekosongan sahaja lagi (30hb Disember 2012)
Lokasi Kuala Lumpur - tinggal 2 kekosongan sahaja lagi (6hb Januari 2013)

Untuk mendaftar layari http://www.sertaiseminar.com
atau hubungi talian 016.640.7479 hari ini!


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search