Wednesday, December 19, 2012

Bagaimana Jadikan Bisnes RM 1000 ke RM20,000 dalam masa singkat!

Bagaimana Jadikan Bisnes RM 1000 ke RM20,000 dalam masa singkat!

Kenapa anda mesti mempunyai Hartanah Maya?

Selain dari kebolehan hartanah maya (blog, website dll) menjana pendapatan online buat anda, ianya merupakan aset yang sangat bernilai. Tapi ramai yang tak sedari benda ni dan tidak nampak ianya sebagai aset. Saya jelaskan kenapa saya nampak ia seperti sebuah aset dengan mengambil kira situasi kehidupan sebenar kita.

Katakan tiba-tiba sahaja seorang ahli keluarga anda ditimpa musibah seperti sakit, kemalangan dan macam2 lagi. Mereka memerlukan rawatan segera di hospital dan sudah tentu ianya menelan belanja yang banyak! Apa yang perlu anda buat untuk tampung perbelanjaan tersebut?

Ah kebetulan pula sebuah blog anda sentiasa jana pendapatan bulanan lebih kurang RM1000 tanpa GAGAL. Tapi jika KOS rawatan tersebut adalah RM20,000 takkan anda nak tunggu sampai 20 bulan pula untuk membayar kos rawatan tersebut?

TAPI sebaliknya ada cara mudah dan ianya cuma ambil masa singkat dalam beberapa hari sahaja untuk anda dapatkan wang rawatan hospital tadi. Caranya ialah jual sahaja blog anda yang menjana pendapatan RM1000 secara konsisten itu kepada orang lain. Dah tentu mereka sanggup membelinya.

Haaa? Meraka nak beli?

Ya, ianya boleh di anologikan lagi seperti anda menjual sebuah bisnes kepada orang lain. Mereka hendak
membelinya kerana nampak ianya dapat menghasilkan pendapatan pasif buat mereka. Mana taknya sebulan dapat RM1000 dari blog tu ... 20 bulan dah cover kos. Selebihnya profit sampai bila2. Inilah hartanah maya yang mereka tercari-cari.

Bagi kes anda tadi, anda dapat cash serta merta dan selesailah masalah pembayaran kos hospital tadi. anda cuma kehilangan blog tapi masih mempunyai insan tersayang di samping anda!



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search