Thursday, December 13, 2012

Persiapan Seminar eBay di Kelantan Minggu Ini

Persiapan Seminar eBay di Kelantan Minggu Ini



Hari ni saya sudah readykan modul untuk peserta Seminar Dropship Artsnow + eBay di Kelantan. Esok subuh akan bergerak dari Subang Jaya ke Kota Bahru menaiki kereta. Semoga saya selamat sampai di Kota Bahru.

Kepada yang masih lagi belum mendaftar, anda masih ada waktu lagi untuk membuat pendaftaran minggu ini sebelum ia ditutup pada hari Jumaat, 14hb Disember 2012. Rujuk link http://www.sertaiseminar.com.

Kali terakhir seminar eBay di Kota Bahru diadakan pada tahun 2010 dan ini merupakan seminar terakhir di Kelantan untuk tahun 2012. Saya belum ada perancangan lagi untuk adakan seminar di Kelantan pada tahun 2013.

Biasanya, jika saya buat seminar dimana-mana lokasi sekali pun, peserta dari Kelantan tidak ada masalah untuk datang. Sebab itu bila kita adakan seminar di Kuala Lumpur atau Selangor, mesti ada peserta dari Kelantan.

Terima kasih atas sokongan tuan-puan di setiap program yang kami adakan. Hari isnin yang lalu, saya telah dijemput oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untu menyampaikan ceramah mengenai rahsia perniagaan di eBay, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan alhamdulillah, saya menerima sambutan dan respond yang agak baik dari peserta yang terdiri dari pegawai dan kakitangan dari agensi kerajaan.

Malah ucapan pada hari itu telah disambut baik oleh seorang individu penting di dalam FINAS untuk membawa topik ini di dalam satu program nanti.

Saya gembira melihat kesedaran orang ramai mengenai potensi bagi mereka yang serius untuk mendalami perniagaan dalam talian untuk meningkatkan taraf hidup mereka kepada yang lebih baik dari apa yang ada sekarang.

Pada 30hb Disember 2012 ini pula, saya akan berada di Pulau Pinang untuk satu lagi program Seminar Dropship Artsnow + eBay yang akan diadakan di De' Garden Hotel, Butterworth. Kepada yang berminat untuk menyertai seminar ini, masih ada 8 kekosongan sahaja lagi. Untuk mendaftar sila ke laman web http://www.sertaiseminar.com

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search