Friday, December 7, 2012

Jemputan Talk Hari ICT KPKK di Putrajaya International Convention Centre

Jemputan Talk Hari ICT KPKK di Putrajaya International Convention Centre


1. Pada hari sabtu, 8hb Disember 2012 saya akan sampaikan talk dalam Forum Kerjaya dan Keusahawanan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Di dalam forum ini saya akan berkongsi kepada audien pilihan samada bekerja sendiri ataupun bekerja dengan orang. Bagi anda yang berada di KUIS, pastikan anda hadir dalam forum bicara ini kerana saya juga akan berkongsi input menjalankan perniagaan di eBay.


2. Pada hari ahad, 9hb Disember 2012, syarikat saya NS Consultation And Management (NSCM) akan menganjurkan Seminar Dropship Artsnow + eBay. Di dalam seminar ini, peserta akan didedahkan dengan hands on bagaimana untuk memanipulasi lubuk dropship di eBay. Mereka akan diajar teknik mencipta idea produk berdasarkan ____________.

3. Pada hari isnin, 10hb Disember 2012, saya dijemput oleh pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk menyampaikan ceramah berkaitan topik perniagaan di internet. Slot selama 45 minit ini juga bakal berbicara mengenai rahsia perniagaan di eBay. Nampaknya pegawai dan kakitangan kerajaan mula peka dengan potensi perniagaan internet sebagai salah satu kaedah menghasilkan pendapatan secara sampingan.

4. Kepada mereka yang mungkin dari institusi pengajian, kelab usahawan atau pun NGO yang ingin mendapatkan khidmat kami dalam menyampaikan ceramah, seminar, bengkel atau kursus pendek atau khidmat pakar perunding, anda boleh hubungi talian kami di 016-6407479. Kami mengalu-alukan program yang dirancang lebih awal bagi memudahkan kami mengatur jadual program kami. Semoga banyak lagi kerjasama kami di NSCM dengan pihak-pihak berkaitan di luar sana.

Nota: Yang belum dapatkan panduan RBK, sila rujuk link ini: http://noorizamshah.blogspot.com/2012/12/senarai-badan-badan-pembiaya-malaysia.html

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://www.noorizamshah.com

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search