Monday, December 3, 2012

3 Masalah Utama Bisnes Internet untuk Pekerja Sepenuh Masa

3 Masalah Utama Bisnes Internet untuk Pekerja Sepenuh Masa



Berdasarkan statistik, sebahagian besar daripada mereka yang memasuki dunia bisnes internet adalah terdiri daripada mereka yang  masih lagi berkerja sepenuh masa sama ada di sektor kerajaan atau sektor swasta atau terdiri daripada golongan pelajar yang akan memasuki alam pekerjaan tidak lama lagi.

Sebahagian besar daripada mereka memasuki dunia bisnes internet kerana terpanggil dengan peluang penjanaan wang mudah melalui internet yang diwar-warkan oleh  media massa dan pakar-pakar Bisnes Internet di dalam dan luar negara.

Mereka telah mula menjejak kaki ke dalam dunia bisnes internet dengan impian yang menggunung tetapi setelah menghabiskan masa beberapa bulan sehingga setahun di dalam dunia baru ini, impian mereka terus berkecai dan akhirnya kecewa kerana langsung tidak mampu menjana wang melalui internet walaupun untuk RM1 mereka yang pertama!

Keadaan ini bukanlah satu fenomena yang baru, malah semua pakar ekonomi dan pakar bisnes di dunia memberikan statistik yang sama iaitu 90% daripada mereka yang ingin menjana wang melalui bisnes internet akan gagal.

Statistik ini sudah tentu lebih tinggi buat mereka yang masih berkerja sepenuh masa tetapi ingin mencuba nasib mereka di arena bisnes internet. Mereka tersepit di antara pembahagian masa untuk pekerjaan sepenuh masa mereka dengan impian bisnes internet mereka. Sebahagian besar akan gagal dan cuma sebilangan yang kecil sahaja yang betul-betul boleh dianggap berjaya.

Di dalam ruangan ini saya ingin berkongsi dengan anda 3 Masalah Utama yang melanda seseorang pekerja sepenuh masa yang ingin memulakan Bisnes Internet mereka sebagai cara untuk menjana wang tambahan buat diri mereka.


1.    1001 Cara Buat Duit Melalui Internet

Masalah ini merupakan masalah yang paling utama untuk seseorang yang baru ingin mempelajari bisnes internet. Apabila baru mula menjejak kaki ke dalam dunia internet, mereka akan terdedah kepada 1001 cara untuk membuat duit melalui internet. Ada yang menawarkan penjualan ebook, ada yang menawarkan penjualan laman web keahlian, anda yang menawarkan penjualan produk fizikal, anda yang menyuruh menjual melalui lelongan online, ada yang melalui penjualan nama domain, ada yang melalui penjualan laman web dan pelbagai strategi dan model bisnes internet yang lain.

Pendek kata, terdapat pelbagai strategi dan model bisnes internet yang boleh kita lakukan untuk menjana wang melalui internet.

Masalahnya sekarang, bagaimana seseorang yang baru dan mempunyai pengalaman yang kurang membuat pilihan yang terbaik untuk diri mereka?

Setiap individu yang mempromosikan sesuatu strategi model bisnes internet kepada individu baru itu akan berat sebelah dan akan lebih menyokong cara yang dipromosikannya itu. Oleh itu, ini lebih menyukarkan individu yang berkerja sepenuh masa itu untuk membuat pilihan yang terbaik tentang cara menjana wang melalui internet menurut kesesuaiannya.


2.    Kepantasan Penjanaan Wang

Masalah kedua yang sering dihadapi oleh seseorang yang baru kepada bisnes internet adalah dari segi kepantasan penjanaan wang.

Selalunya setelah dipancing dengan keindahan penjanaan wang melalui bisnes internet, seseorang individu yang baru menjejak kaki ke dalam dunia bisnes internet akan beranggapan bahawa amat mudah untuk menjana wang melalui internet. Hanya perlu lakukan satu atau dua perkara, terus saja wang akan berdesup masuk ke dalam akaun wang simpanan mereka.

Hakikatnya, perkara ini amat jarang berlaku. Selalunya individu-individu yang baru perlu menunggu sehingga  6 bulan untuk melihat RM1 yang pertama melalui bisnes internetnya. Ada kes ekstrem sehingga melebihi satu tahun masih belum dapat menjana satu sen pun melalui internet.

Keadaan ini berlaku disebabkan penggunaan strategi dan model bisnes internet yang salah sebagai rentetan apa yang telah saya kongsikan di dalam masalah nombor satu tadi. Jika anda memilih strategi dan model yang salah, maka akibatnya adalah anda akan lambat menerima wang pertama anda melalui internet.

Tidak semua strategi dan model bisnes internet dihasilkan sama. Ada strategi dan model bisnes internet yang jauh lebih pantas dari strategi lain dan anda perlu mempelajari perbezaannya dan membuat pilihan yang sewajarnya untuk mencapai kejayaan dengan pantas melalui internet.


3.    Kekurangan Mentor Sesuai

Inilah hakikat di Malaysia pada masa kini. Terdapat amat kurang mentor atau pakar yang boleh kita pelajari dan dalami ilmunya mengenai cara untuk menjana pendapatan tambahan 4 – 5 angka sebulan melalui internet walaupun kita masih berkerja sepenuh masa.

Sebahagian besar individu dan pakar bisnes internet yang ada pada masa kini adalah terdiri daripada mereka yang sudah menjalankan bisnes internet mereka secara sepenuh masa.

Cuma terdapat sebahagian kecil sahaja individu yang masih berkerja sepenuh masa dan mampu menjana pendapatan yang lumayan melalui internet. Ramai daripada mereka ini pula enggan mendedahkan rahsia mereka kepada orang lain. Ini menjadikan kita sukar untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman yang sewajarnya daripada individu-individu hebat ini.

Inilah 3 masalah utama yang melanda golongan pekerja sepenuh masa yang ingin mempelajari cara menjana wang melalui internet.

Setelah membuat kajian dan penyelidikan, saya telah berjaya menjumpai satu pakej hebat yang saya yakin boleh membantu menyelesaikan ketiga-tiga masalah utama anda tadi.



Pakej yang saya maksudkan adalah Pakej Usahawan Makan Gaji yang telah dihasilkan oleh salah seorang Pakar Bisnes Internet di Malaysia iaitu saudara Eruwan Gerry. Beliau merupakan satu-satunya Pakar Bisnes Internet yang masih berkerja sepenuh masa tetapi sudah mampu menjana pendapatan tambahan 4 – 5 angka sebulan hanya melalui internet!

Apa yang lebih hebat, strategi yang beliau kongsikan merupakan strategi yang terjamin boleh menjana wang pantas untuk anda dan tidak memerlukan sistem yang sukar dan masa yang lama untuk mempelajarinya.

Saya amat yakin yang anda akan berpuashati dengan Pakej Usahawan Makan Gaji.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk hebat ini di sini:

http://goo.gl/v8BDD

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search