Monday, October 29, 2012

Interview Noorizam Shah Oleh Putar Putar TV

Interview Noorizam Shah Oleh Putar Putar TV


Baru-baru ini saya telah dijemput sebagai salah seorang icon Usahawan Internet Malaysia sempena program Gathering WangCyber 2012 bertempat di Menara Usahawan, Putrajaya.

Di dalam program ini, ia menghimpunkan beratus orang usahawan yang menjalankan perniagaan di internet, mereka yang baru bermula menjalankan perniagaan di internet dan mereka yang masih lagi mencari peluang untuk memulakan perniagaan.

Tahun ini ada banyak peningkatan penyertaan dari peserta dan menariknya aktiviti yang diadakan bermula dari pagi sampai ke petang lebih interaktif. Lebih dekat dan mesra antara satu sama lain. Penganjur bijak menyusun program supaya tidak dapat hambar dan saya sebagai salah seorang jemputan turut mendapat impak positif dengan aktiviti networking secara individu dan berkumpulan.

Konsep menerapkan nilai perkongsian ilmu di dalam bulatan dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain memberi manfaat yang banyak buat mereka yang hadir. Yang pasti, ramai juga usahawan-usahawan hebat yang turun ke perjumpaan ini antaranya mereka yang pakar di dalam bidang lelongan dalam talian, hartanah, emas dan perak, kecantikan, penulisan buku dan majalah.

Saya syorkan supaya penganjur WangCyber dapat meneruskan program seperti ini pada masa akan datang dan diharap impak yang lebih besar mampu menaik dan menyemarakkan lagi industri perniagaan internet di Malaysia melalui program-program seperti ini.

Semoga kita berjumpa di program tahun hadapan!

Noorizam Shah
www.facebook.com/noorizamshah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search