Tuesday, October 16, 2012

Ilmu Itu Adalah Rezeki

Ilmu Itu Adalah Rezeki

Sihat ke hari ini? Semoga sihat-sihat selalu ya :)

Baru-baru ni saya ada baca buku bertajuk "Mudahnya Menjemput Rezeki". Memang best buku ni.

Selama ni kita selalu memikirkan bagaimana untuk mencari rezeki tetapi masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menjemput rezeki.

So, buku yang saya baca ni ada jawapannya.

Saya kongsikan sedikit dengan  antara apa yang saya belajar di dalam buku ini. Pada zaman kemajuan IT seperti hari ini, mencari ilmu menjadi sangat mudah, murah dan pantas.

Laman Youtube misalnya, melaluinya kita boleh menonton dan mendengar pelbagai ilmu terus daripada penyampainya. Jarak dan masa tidak lagi menjadi halangan. Tekan sahaja kata kunci "haji"
akan keluarlah pelbagai video yang boleh menambah ilmu berkenaan ibadat haji. Masjid dan surau juga merupakan tempat paling cepat, mudah dan murah untuk mendapatkan ilmu.

Maklumat yang baru ditonton di Youtube tadi, boleh terus dirujuk kepada ustaz atau penceramah
yang boleh dihubungi di masjid atau surau di mana majlis-majlis pengajian agama sering diadakan
untuk penjelasan lanjut. Waktu selepas solat isyak memang waktu yang santai untuk bertanya. Keinginan bertanya untuk menambah ilmu adalah rezeki.

Malah, manfaatnya sangat besar kerana ia berterusan hingga ke akhirat sebagaimana hadis berikut:

Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, makaAllah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (Riwayat Muslim)

Hakikatnya dalam dunia ini, tiada yang mudah. Sesuatu perkara menjadi mudah apabila kita berilmu. Samada ada ilmu untuk mendapat kejayaan di dunia ataupun akhirat semuanya perlukan ilmu. Mencari ilmu pula bukanlah kerja yang mudah. Ia bukan sekadar memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang. Ilmu adalah rezeki. Kemahuan menuntut ilmu, istiqamah, mengamalkan ilmu, mengajar dan menyebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat, juga rezeki. Semuanya adalah rezeki
kerana semua itu memberi manfaat kepada pelakunya.

Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.

==========================================

Kepada yang ingin menyertai Seminar eBay di Johor Bahru, sekali lagi saya maklumkan tarikhnya pada 03hb November 2012. Seminar eBay di Shah Alam ditunda dari 04hb November ke 11hb November 2012.

Tambahan, untuk mereka yang berada di utara, kami akan adakan seminar eBay pada 18hb November 2012 di Ipoh. Jadi orang Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, boleh join seminar eBay di Ipoh.

Untuk melihat kouta kekosongan boleh layari web www.sertaiseminar.com atau direct sms ke 0166407479 hari ini.


Jumpa lagi,

Noorizam Shah
www.facebook.com/noorizamshah
www.facebook.com/sertaiseminar

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search