Wednesday, October 3, 2012

Alkisah Pelaburan Emas Genneva Malaysia

Alkisah Pelaburan Emas Genneva Malaysia

Gambar dipetik dari Facebook Genneva Malaysia.

Kisah ini mungkin menggemparkan pelabur-pelabur emas jongkong di Malaysia. Beberapa media massa dan elektronik telah melaporkan bahawa syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah diserbu oleh pihak dari Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta SSM.

Melalui laporan akhbar ini juga, syarikat yang telah menjalankan urus niaga emas jongkong bernilai kira-kira RM4 billion ini turut melibatkan pelaburan dari kerajaan negeri dan orang kenamaan VIP dan VVIP.

Kisah serbuan ini memuncak apabila ramai diantara pelabur yang mendakwa mereka tidak mendapat pulangan pelaburan seperti yang dijanjikan telah membuat laporan polis. Terdapat banyak sumber memberitahu, syarikat berkenaan sebelum ini pernah terlibat memperdayakan pelabur melalui skim pelaburan berbentuk piramid. Melalui pelaburan emas jongkong ini pula, ia juga dikatakan terdapat beberapa artis turut membuat pelaburan.

Bagi mereka yang menjalankan aktiviti pelaburan emas di Malaysia terutama syarikat yang berpengkalan di Malaysia, ia telah mendapat perhatian agensi-agensi penguatkuasaan berkenaan. Dengan hanya melalui laporan polis dan beberapa laporan kepada agensi-agensi penguatkuasaan, syarikat-syarikat pelaburan emas di Malaysia boleh diambil tindakan.

Kesan dari serbuan ini, segala aset, emas jongkong dan wang hasil pelaburan boleh disita dan sudah tentu ia akan memberikan lebih banyak masalah kepada pelabur-pelabur sedia ada.

Adakah kisah Genneva ini turut memberi impak kepada syarikat pelaburan emas yang lain?

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search