Thursday, October 18, 2012

Beli Barang Secara Online Jika Ada Logo PUIM

Beli Barang Secara Online Jika Ada Logo PUIM

Baru-baru ini keluar satu keratan akhbar berkaitan keperluan menggunakan logo Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) dan ia menjadi perbincangan ramai pihak mengenai isu berkaitan sehingga saya juga turut menerima sms dari rakan-rakan yang bertanya apakah ini satu keperluan wajib dalam perniagaan di internet?

Antara soalan yang diajukan oleh seorang pengguna di facebook;

1. Bagaimana pihak PUIM tahu penjual yang menggunakan logo PUIM tidak menipu?
2. Adakah terdapat saringan atau siasatan sebelum logo diberi? 
 
Dan ini jawapan yang diberikan oleh wakil persatuan;
 
 "Beli barang secara online jika ada logo PUIM" itu jika dibaca dalam keratan akhbar yang dipost oleh saudara Rahman Baco (dalam group ni) menyatakan yang pengguna 'dinasihatkan'. Bukan satu yang konkrit menyatakan tidak boleh beli jika tidak ada logo PUIM. PUIM galakkan pilih yang ada logo PUIM sebab peniaga itu berdaftar dengan puim (sedikit sebanyak PUIM ada maklumat mengenai peniaga tersebut jika berlaku apa-apa)

- Logo PUIM adalah logo yang 'click-able' yang mana apabila diklik ianya akan bawa kepada maklumat peniaga yang didaftarkan dalam PUIM. Boleh lihat contoh logo yang digunakan oleh saudara Yasir Arafat di www.minisitemudah.com (bawah sekali). Logo yang diletakkan dan link kepada laman rekod PUIM dikira sah.

- Saringan yang dilakukan yang asas adalah, permohonan WAJIB disertakan dengan sijil SSM. Berdaftar dan sah dengan SSM dan menghantar maklumat mengenai perniagaan mereka + url laman untuk semakan puim sblm permohonan diluluskan (pemberian embed code)
 
Kita buat setakat yang boleh dan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Apa yang harus dilihat adalah inisiatif menjaga kebajikan pengguna dan memberikan nilai tambah kepada peniaga internet

Sekali lagi dimaklumkan ianya bukan satu yang wajib untuk semua peniaga tetapi kita berikan satu kelebihan untuk peniaga yang menjadi ahli puim untuk satu nilai tambah kepada perniagaan mereka.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search