Fixed Price Vs Auction: Mana Satu Pilihan Anda?

Jika anda menjual produk di eBay, anda akan diberi pilihan format jualan.

1. Fixed Price (Harga Tetap)
2. Auction (Lelong)

Bagi anda yang baru bermula, pasti tertanya-tanya, apakah format jualan yang sesuai untuk produk anda. Apakah kelebihan dan kekurangan memilih antara format jualan ini? Apakah jaminan terbaik yang boleh anda perolehi jika memilih salah satu format jualan ini?

Jika anda membaca buku atau forum, pasti anda mendapati beberapa cadangan dari mereka yang menjalankan perniagaan di eBay. Malah setiap pendapat ini berbeza-beza. Ini membuatkan anda bertambah keliru. Jika anda ingin mengambil cara mudah, saya ingin kongsikan beberapa tip kepada anda untuk membuat beberapa pilihan.

Kekuatan dan Kelemahan.

Setiap format jualan mempunyai kekuatan dan kelemahan kepada setiap penjual. Kita ambil contoh penjual yang menjual produk menggunakan kaedah lelongan. Dengan memilih lelongan, produk kita mampu terjual pada harga yang kita tidak jangka. Ia boleh memberi keuntungan yang cukup lumayan yang tidak dijangka.

Jika anda tidak tahu meletakkan berapa nilai untuk produk yang ingin dijual, anda boleh mulakan dengan format lelongan.

Namun begitu, risiko yang perlu anda ambil ialah, jika produk tersebut dibida dibawah harga kos, anda boleh berhadapan dengan kerugian. Anda perlu mendalami ilmu bagaimana mengenalpasti sesuatu permintaan produk di pasaran eBay sebelum mengambil keputusan untuk menjual produk anda.

Salah satu cara menggunakan format lelongan ini adalah untuk menarik traffik masuk melihat produk kita. Teknik ini saya gelarkan sebagai "umpan pancing" dan di dalam maklumat keterangan produk, kita boleh pindahkan traffik ke jualan format harga tetap. Secara lebih detail, anda boleh belajar di dalam program SertaiSeminar dan memahami bagaimana lelongan boleh memberi impak kepada jualan anda.

Kombinasi antara masa dan format jualan juga mampu memberi impak semasa kita melakukan listing.

Menggunakan format Fixed Price, kita dapat menentukan berapakan margin keuntungan yang kita mahu untuk setiap produk. Apabila anda menggunakan format ini, anda tidak akan memusnahkan harga dan mencari kerugian.

Berbanding dengan auction, risiko produk tidak terjual lebih tinggi. Ini kerana kebanyakan produk yang dijual menggunakan format auction akan bermula pada harga dibawah kos. Saya lebih suka anda menggunakan format fixed price di dalam store. Ini kerana, dengan store kita boleh menggunakan beberapa strategi tambahan untuk memastikan produk yang kita senaraikan menggunakan format Fixed Price mampu menghasilkan jualan yang menguntungkan.

--------------------------------------
Anda ingin mempelajari dan mendalami perniagaan di eBay? Merancang untuk membina pendapatan konsisten dengan model perniagaan ini? Kami syorkan anda menyertai program kami di http://sertaiseminar.com hari ini.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
www.facebook.com/noorizamshah

Anda mungkin berminat

tips

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah