Friday, May 25, 2012

Taktik Perompak Sekarang, Jangan Update Lokasi.

Taktik Perompak Sekarang, Jangan Update Lokasi.

Hari ni ramai yang guna handphone canggih. Siap install software foursquare, facebook pula ada option untuk check in lokasi, software instagram dan macam-macam lagi untuk beritahu kepada orang lain kat mana lokasi kita berada sekarang.

Kisah yang dipaparkan di atas mungkin boleh terjadi kepada sesiapa sahaja kerana kita tidak tahu pun orang lain berniat jahat kepada kita. Lagi-lagilah jika kita ni ada peminat misteri yang memang suka nak ambil tahu apa yang kita buat dan di mana kita berada.

Penjenayah sekarang pun ikut trend juga. Ada macam-macam cara untuk mereka lakukan jenayah. Lebih-lebih lagi sekarang ni top berniaga emas. Ke sana sini buat bisnes emas. Dalam beg pula berkilo-kilo emas. Semoga kita semua berhati-hati berada diluar atau dimana sahaja. Sebab malang ni memang tidak berbau. Sebagai peringatan, pastikan kita buat apa-apa persediaan jika dah tahu bisnes kita ni melibatkan banyak wang.

Semoga ia menjadi peringatan kepada saya juga.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search