Minggu Terakhir Pendaftaran Seminar eBay

Minggu ini adalah minggu terakhir untuk mereka yang ingin mendaftar seminar eBay. Hari ini saya mula siapkan modul untuk diedarkan kepada semua bakal peserta dan semua peserta akan dihubungi oleh saya sendiri mulai esok.

Kepada anda yang telah pun mendaftar, pastikan anda telah membuat sedikit persediaan seperti menyiapkan akaun eBay dan Paypal. Pastikan anda sudah memiliki debit kad. Jika masih lagi belum buat, sila pastikan anda buat dalam minggu ini.

Nak cepat dan mudah, mohon sahaja kad debit dari CIMB Bank atau RHB Bank. Untuk seminar terakhir bagi tahun 2012 ini, saya akan berkongsi dengan anda banyak info dan maklumat bagaimana anda boleh sukses dalam perniagaan di eBay.

Matlamat seminar ini adalah untuk melihat anda menjalankan perniagaan di eBay untuk jangka masa panjang. Kami tidak mahu memberi risiko kepada anda dengan hanya memikirkan matlamat jangka pendek dan akhirnya mengorbankan banyak masa, wang dan tenaga.

Bagi mereka yang nak mendaftar, anda masih ada waktu kritikal untuk membuat bayaran sebelum pendaftaran ditutup. Lakukan pendaftaran dan buat bayaran dengan rujuk link ini:

http://sertaiseminar.com

-----------------------------------------------------------------------

Kepada yang bertanya saya melalui emel, adakah sesi Personal Coaching masih diadakan selepas ini, jawapan saya, Ya! Sesi ini masih diteruskan.

Untuk menyertai sesi ini, anda boleh rujuk yuran penyertaan dan tarikh terkini di link ini:

http://noorizamshah.blogspot.com/p/personal-coaching.html

Jika tarikh yang dinyatakan tidak sesuai dengan anda, sila request tarikh kepada saya terlebih dahulu untuk saya melihat kesesuaian masa dan jadual saya.

Terima kasih.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah

Anda mungkin berminat

seminar ebay

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah