Pelabur Emas Rugi RM411 Juta

Kata pakar nak melabur dalam emas kena ada ilmu. Jika tidak, pelaburan jadi peleburan. Hari ini Harian Metro melaporkan sebuah syarikat tempatan yang menjalankan skim pelaburan emas gagal membayar semula ganti rugi pelaburan kira-kira RM411.19 juta daripada 6,740 pelabur seluruh negara.

Skim pelaburan emas Bestino itu dilaporkan memberi jaminan kepada pelabur bahawa setiap pelaburan yang dibuat akan diberi pulangan yang agak lumayan setiap bulan. Memandangkan skim pelaburan itu mula bermasalah, syarikat Bestino Golden House Sdn Bhd telah berjanji untuk memulangkan semula semua duit pelaburan dari pelaburan yang mencecah RM411.19 juta itu dalam waktu terdekat dan proses pengurusan wang dari Hong Kong itu akan dibuat dengan dimasukkan ke akaun bank pelabur di Malaysia.

Oleh kerana ramai dari kalangan pelaburan tidak mempunyai ilmu pelaburan dan lebih terpedaya dengan pulangan yang ditawarkan, mereka sanggup meminjam wang cari ceti haram (along) dan kemudian melaburkannya semula bersama wang simpanan dalam skim pelaburan yang menawarkan pulangan dividen 36 peratus setahun itu.

Sebab tamak, akhirnya menjerut leher sendiri.

Kepada anda yang ingin melabur dalam emas pastikan anda mendapatkan info dan maklumat serta mendalami ilmu pelaburan emas terlebih dahulu. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji yang anda belum pasti akan perolehi.

Di Malaysia ada banyak syarikat yang menjalankan perniagaan emas pelaburan. Pastikan anda menyemak syarikat, latar belakang syarikat, kejayaan syarikat, produk dan potensi perniagaan yang boleh anda perolehi.

Antara contoh syarikat yang berpotensi untuk anda melibatkan diri dengan emas ialah:

Public Gold
Kelantan Gold
dan banyak lagi.

Memandangkan trend perniagaan yang popular di Malaysia ialah perniagaan emas, jadi berhati-hati jika anda ditawarkan peluang perniagaan ini. Semak dengan pihak bertauliah. Lebih baik melabur wang anda untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Jika ingin sangat nak melabur dalam emas, pastikan anda dapatkan nasihat dari mereka yang benar-benar berpengalaman.

---------------------------------------------------------------------------------

Undi blog ini dengan klik gambar dibawah:

Anda mungkin berminat

pelaburan emas

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah