Jaga Anak Anda, Jangan Sampai Jadi Macam Ni

Sayang anak anda. Jangan sampai tragedi seperti dalam gambar ini menimpa anak anda. Aduiii, kesian tengok anak ni tersepit macam ni.

Saya sendiri ada pengalaman yang mana anak perempuan saya pernah tersepit kaki antara jeriji kerusi makan bayi. Waktu tu anak saya kecil lagi. Tahulah anak kecil macam ni, kalau kita tak beri perhatian, macam-macam yang dia buat. Bukannya dia tahu yang dibuat tu salah atau tidak. Tahu-tahu menangis.

Masa kejadian kaki anak saya tersepit tu, memang cuak juga lah. Yalah, dah dicuba tarik keluar tak berjaya sampai merah pergelangan kaki dia. Isteri saya pun dah panik. Tengah riuh nak mengeluarkan kaki anak saya ni, datang seorang pekerja mamak di meja makan kami.

Bijaknya dia, pekerja ni pergi ambil minyak masak kemudian lumurkan dikaki anak saya. Tak sampai beberapa saat, senang je kaki anak perempuan saya ni ditarik keluar. Fuh. Lega.

Anak kecil ni memang kena selalu pantau. Biarpun dia boleh main sendiri, janganlah kita sampai leka macam budak tu boleh berdikari seorang diri. Kita sebagai ibubapa atau penjaga, perlu ambil berat. Kalau tak, adalah yang tersepit kepala di jeriji pagar.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Anda mungkin berminat

tauladan

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah