Melakukan Sendiri Atau Berpasukan



Salam hormat buat semua rakan pembaca,

Saya doakan semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Seminggu lagi, insyaAllah kita akan masuk ke bulan Oktober, beberapa bulan sebelum tahun 2011 melabuh tirai. Bulan Oktober ini, insyaAllah pada 26 haribulan saya akan lancarkan sebuah produk yang bakal mengisi pasaran internet iaitu produk DVD fizikal Video Buat Duit yang mana video ini akan mendedahkan panduan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan di eBay.

Selepas menjalani proses rakaman dan suntingan, kini kerja-kerja akhir untuk mencetak produk ke format DVD sedang giat dilakukan.

Di dalam video ini kalau nak saya kongsikan pengalaman-pengalaman sejak tahun 2006, rasanya, satu DVD tak cukup. Sebagai projek terbaru ini, biarlah sasaran utama iaitu mereka yang ingin bermula dan sedang bermula yang memiliki DVD ini. Mereka yang telah berstatus Power Seller dan Top Rated Seller, biar dulu. Ada panduan versi advance, insyaAllah.

Menjalankan perniagaan di eBay, bukan semata-mata teknik dan strategi tetapi idea yang kreatif dan sentiasa peka juga banyak menyumbang kepada jualan di eBay. Kepada penjual di eBay, jangan hanya fokus kepada produk-produk "hot" yang sudah sedia ramai yang menjualnya.

Di eBay bermacam-macam produk, pelbagai niche boleh kita fokus. Bermula dari hujung rambut sampai hujung kaki, bermula dari persekitaran mata kita sehinggalah menjangkau di hujung dunia. Kita harus sentiasa berfikir dan melihat apakah produk-produk yang berpotensi yang boleh kita pasarkan di eBay.

Seperti saya, dahulu jika menjalankan perniagaan eBay, saya masih boleh lagi melakukannya seorang diri. Bermula dari membuat kajiselidik pasaran, mencari pembekal, menyelesaikan masalah, membuat listing sehinggalah pergi ke pejabat pos untuk menghantar produk. Sampai satu ketika, dua tangan ini tidak lagi boleh menampung kerja-kerja yang semakin banyak ini.

Itu baru sahaja tugasan di eBay, belum lagi kira dengan menganjurkan seminar, sesi Personal Coaching, pemasaran emel dan pemasaran internet. Apa yang saya buat hari ini, saya cari beberapa orang dan membina pasukan saya sendiri. Kini saya mempunyai 5 orang termasuk saya sendiri dan kini segala perbincangan, kajiselidik, carian pembekal dilakukan bersama kecuali listing dan sales, masing-masing punya jualan. :)

Sebenarnya apa yang saya dapat lihat, apabila kita memiliki pasukan atau kakitangan ia bukanlah menambahkan masalah kita sebaliknya banyak membantu menyelesaikan masalah. Jangan jadikan kegagalan lalu punca anda tidak boleh lagi untuk berpasukan.

Jumpa lagi,


Noorizam Shah

Anda mungkin berminat

teamwork

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah