Sunday, September 4, 2011

Benarkah Ramai Yang Tertipu Dengan Sindiket Jenayah Siber?

Benarkah Ramai Yang Tertipu Dengan Sindiket Jenayah Siber?



Saya tertarik dengan artikel yang disiarkan di Mstar Online mengenai kurangnya kefahaman dan kesedaran pengguna internet mengenai keselamatan menggunakan komputer dan telefon pintar sehingga menyebabkan ada masyarakat kita ditipu oleh mereka yang menjalankan jenayah siber.

Dari laporan Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Daerah Subang Jaya, Inspektor Ahmad Faizal Aminuddin berkata jenayah siber yang kerap dilakukan adalah melibatkan penggunaan perbankan melalui internet, VoIP (Voice Over Internet Protocol) dan e-Perdagangan (Mudah.my?, eBay? Lelong?, Facebook? Membership? MLM?)

Dengan kemajuan teknologi komputer dan telefon bimbit, sindiket jenayah siber semakin licik untuk menipu orang ramai. Kita lihat hari ini adanya komputer tablet seperti Ipad, Samsung Galaxy Tabs, telefon pintar seperti Blackberry, Samsung Galaxy S II, Iphone dan sebagainya. Kebanyakan pengguna ini bukanlah seorang yang faham mengenai keselamatan melayari internet melalui gajet-gajet ini.

Secara tidak sedar, mereka telah mendedahkan maklumat seperti maklumat perbankan mereka kepada orang yang tidak dikenali sehingga menyebabkan wang simpanan mereka telah dipindahkan kepada pihak ketiga.

Antara yang banyak kes ditipu ialah ramai pengguna internet berminat untuk membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum mendapatkan produk mereka dan kebanyakan mereka tidak menerima produk yang dipesan. Ini mungkin berlaku kerana kelemahan penggunaan internet membaca maklumat di laman web mengenai jaminan dan polisi pemulangan wang yang dipaparkan di laman web jualan.

Sebagai pengguna internet, pastikan anda dapatkan banyak maklumat dan bahan bacaan sebelum membuat keputusan membeli sesebuah produk di interent atau melakukan sebarang transaksi online. Lihat siapakah pengendali laman web jualan tersebut, bagaimanakah proses transaksi dilakukan, apakah jaminan-jaminan jika transaksi atau pesanan tidak diterima. Anda perlu tahu hak-hak sebagai sebagai seorang pembeli walaupun anda membeli produk di dalam talian.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search