Lelongan Dah Tamat, Pembeli Diam Sahaja. Apa Nak Buat?


Gambar kredit.

"Listing saya dalam format lelongan (auction) di eBay dah pun tamat, tetapi pembeli masih lagi berdiam diri tidak ada beri apa-apa maklumbalas pun. Apa perlu saya buat?"

Sebaik sahaja auction tamat, syor terbaik ialah kita perlu hantar invoice terus kepada pembeli. Biasanya sistem di eBay akan memberi notifikasi/invoice kepada pembeli dengan menyatakan butiran maklumat pembayaran.

Jika selepas berminggu-minggu anda masih lagi tidak menerima apa-apa berita dari pembeli (pembeli buat diam je), mungkin ada sesuatu yang berlaku. Sebagai seorang penjual yang sentiasa berfikiran positif, adalah wajar kita menghubungi pembeli terlebih dahulu. Hubungi mereka beberapa kali melalui ruangan contact yang disediakan oleh eBay.

Andai kata selepas 7 hari, masih tak ada respond, anda boleh buat laporan ke eBay dengan menyatakan pembeli gagal membuat bayaran produk yang telah dibida. Sistem di eBay akan dibuka untuk penyelesaian dan eBay akan menghantar beberapa kali notifikasi kepada pembeli dan jika selepas 7 hari masih juga tidak ada sebarang respond, anda boleh claim final value fee anda semula.

Walaubagaimana pun, ada sedikit kekurangan yang tidak berpihak kepada kita iaitu, kita tidak boleh tinggalkan maklumbalas negatif kepada pembeli kerana sistem di eBay sekarang tidak membenarkan. :)

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Anda mungkin berminat

lelongan

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah