Boleh Atau Tidak Memiliki Simbol Status?



Louis Vuitton, Gucci, Ed Hardy, Harley Davidson, Ferrari, BMW, kebanyakan adalah simbol status. Ramai orang berimpikan untuk memakai simbol status ini. Mereka yang mengejar dunia beranggapan memiliki simbol status ini melambangkan kemegahan, kekayaan dan kedudukan seseorang.

Kita tolak ketepi mereka yang sudah bergelar jutawan dan multi-jutawan. Mereka yang hidup biasa-biasa tidak terlepas dengan godaan simbol status ini. Apabila mereka mempunyai wang, baru memiliki banyak wang, mereka akan mula membeli kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, makan di restoran-restoran mahal, sering pergi bercuti dan berhibur.

Apabila kita melihat matlamat asal untuk mencapai bebas kewangan, kita harus sedar, berbelanja kepada tempat yang tidak sepatutnya akan menjarakkan kita daripada matlamat asal kita iaitu bebas kewangan.

Jika kita tidak mampu dengan pendapatan yang tidak stabil, jangan kita menggadaikan diri dan wang untuk gila membeli produk dan barang yang berkaitan dengan simbol status ini. Sebagai contohnya, jika pendapatan anda kecil, memiliki kereta mewah yang mempunyai insurans dan penyelengaraan yang tinggi boleh memusnahkan impian menjadi seorang bebas kewangan.

Rumah mewah yang besar sudah tentu memerlukan lebih banyak perabot dan kelengkapan yang setanding dengan kediaman yang dimiliki. Tak akan nak pakai produk-produk murah dan tidak melambangkan gaya? Jika anda mampu ia mungkin tidak mengapa, tetapi jika ia boleh menyebabkan anda berhutang keliling pinggang, itu adalah satu perkara yang mendukacitakan.

Tetapi ada juga orang yang mempunya prinsip hidup, biar papa asalkan bergaya...

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Anda mungkin berminat

simbol status

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah