Sifulan Bakal Comeback Dengan Identiti Baru?

Jika sudah cinta takkan ke mana. Selepas lama menyepi, kini beliau ingin kembali beraksi. Tetapi bukan lagi dengan eBay.

eBay biarlah jadi kenangan. Siapa yang pernah buat bisnes eBay sekitar tahun 2010 pasti kenal nama sifulan. Seorang programmer, webmaster dan designer yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan teknikal yang unik.

Saya memang respek dan menghormati setiap ilmu yang dicurahkan. Sejak krisis masalah server yang menampung banyak hosting dan projek beliau "down", beliau menyepi dari bisnes online dan kembali dengan melakukan kerja-kerja belakang tabir sehinggalah ke hari ini.

Sebab itu, kalau lihat di facebook, beliau dah lama tak aktif. Dah bersawang dengan labah-labah. Dari cerita mulut, beliau nak kembali semula untuk bergiat sebagai IM tetapi projek lebih kepada pembangunan sistem, laman web dan lebih kepada IT.

Kenapa yang merindui bakat dan hasil kerja beliau, boleh la tunggu saatnya. Seperti biasa, bila?

Betul ke atau sekadar rekaan cerita ni? Itu tuan badan sendiri akan umumkan kemunculannya.

Apa pun yang pasti dah makin ramai anak muda hebat-hebat yang muncul mewarnai dunia bisnes internet hari ini. Kita makan asap kat belakang je lah :)


Anda mungkin berminat

webmaster

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah