Monday, August 18, 2014

Potensi Podcasting (Anda Yang Suka Bisnes Mesti Baca Ini)

Potensi Podcasting (Anda Yang Suka Bisnes Mesti Baca Ini)



Apa yang anda perlu tahu mengenai podcast?

Dah lama saya tak dengar podcast. Kalau siapa yang kaki blog, mesti pernah tahu blog-blog yang pasang background muzik MP3. Kaki podcast akan masukkan lagu-lagu dalam blog mereka dan blog tak jadi lagi tempat untuk membaca sahaja tetapi sambil membaca boleh pilih lagu-lagu yang ada dalam blog.

Serius memang lama saya tak merayau-rayau ke blog orang lain sejak facebook menjadi candu dalam diri. Saya berusaha mengikis candu itu sekarang dan sedaya upaya untuk aktifkan semula blog ini.

Saya pasti rakan-rakan yang masuk dan baca blog ini (mereka yang bergelar blogger sebelum ini) pasti akan cuba kemaskini blog mereka yang dah bersawang macam sarang labah-labah tu. Kann..

Bercerita mengenai podcast, selepas saya nampak wall facebook saudara Smartzul a.k.a Smartusaha a.k.a Mohammad Zulfadhli Suddin (jika betul ejaannya) berkongsi mengenai podcast beliau bersama Irfan Khairi (Jutawan Internet).

Selepas saya masuk blog beliau dan dengar podcast ini, ia menarik minat saya untuk mengambil tahu semula potensi menggunakan podcast dalam perniagaan internet.

Apa yang saya dapat belajar dari audio ini, saya percaya jika kita menggunakan podcasting sebagai alat pemasaran secara berkesan, ia mampu memberi impak dalam perniagaan kita.

Mungkin anda fikir, untuk melakukan broadcast seperti dj radio, kita perlukan control room, mesti ada pengarah, produser, engineer, bilik editing dan beberapa staff.

Tapi sekarang, dengan teknologi yang semakin canggih hari ini, kita boleh melakukan broadcast dengan hanya memiliki komputer, talian internet, mikrofon dan software dan kita boleh menjadi sebuah syarikat media yang berpotensi pada masa akan datang?

Sebab itu, semalam semasa saya hadir dalam majlis rumah seorang kawan ni bersungguh-sungguh untuk masuk dalam industri seni dan muzik. Saya tumpang gembira dengan perkembangan ini. :)


Kepada anda yang baru dengar nama podcast, ia bermaksud kombinasi dari pod (Portable On Demand) dan broadcast. Jika anda ada menggunakan ipod, anda biasa dengar MP3. Kita boleh buat dan dengar podcast.

Macam yang Smartzul lakukan, beliau hasilkan audio untuk topik motivasi dan perniagaan. Kita boleh pasang podcast dalam radio kereta (sekarang banyak radio kereta yang boleh mainkan MP3).

Dari kita melayan lagu jiwang dalam kereta sambil mengadap jem, baik kita dengar audio mengenai topik motivasi, kewangan, kejayaan dan potensi diri. Buat dua kerja dalam satu masa. Sambil drive sambil belajar sesuatu. Kann. :)

Sekarang dah banyak buku yang dialih bahasa ke dalam bentuk audio. Ia dikenali sebagai audio book. Ramai orang tak suka baca buku tebal-tebal, jadi dengan mendengar audio book, ilmu itu lebih dapat dihadam seperti ada orang yang meninggalkan pesan kepada kita.

Sama seperti kita mendengar ceramah. Audio book, kita boleh ulang-ulang dan ulang dengar tanpa bosan. Betul tak? Mana lagi best, dengar audio book sambil memandu atau membaca sambil memandu? Hahaha.. bahaya tu kalau membaca sambil memandu.

Kalau kita tengok mat salleh kat luar sana, mereka sanggup beli bahan-bahan ilmiah seperti ebook, audio book, video dan biasanya di download secara percuma atau beli dengan harga yang murah.

Sebagai contoh, anda boleh layari laman web PTS di http://pts.com.my/podcast/

PTS pun kini dah semakin berkembang mengikut peredaran teknologi. Dah ada web podcast mereka sendiri malah banyak buku-buku PTS kini dijual di Google Play Store dalam bentuk ebook.

Saya mengalu-alukan kepada penulis, usahawan yang memiliki ilmu untuk menghasilkan podcast-podcast berkualiti dan dengan adanya audio-audio ini, pasti secara tidak langsung membantu pemikiran seorang usahawan atau bakal usahawan itu mencorak perniagaan mereka dan menaikkan ekonomi masing-masing.

Nak dengar sharing menarik podcast dari SmartZul bersama Irfan Khairi? Klik sini: http://inspirasibiz.com/1-podcast-rahsia-kejayaan-irfan-khairi/

Jika anda suka dengan post ini, saya alu-alukan anda untuk klik share untuk manfaat bersama.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search