Thursday, August 14, 2014

Masalah Bulu Kucing Saya Gugur Disebabkan Kutu Dan Hama

Masalah Bulu Kucing Saya Gugur Disebabkan Kutu Dan Hama

Jika anda mempunyai kucing peliharaan, pasti anda selalu berhadapan dengan masalah bulu kucing gugur. Bulu-bulu yang berterbangan samada di dalam atau di luar rumah boleh menjejaskan kesihatan orang dewasa dan kanak-kanak.

Kanak-kanak mudah terdedah kepada masalah asma. Bulu kucing yang gugur adalah disebabkan hama atau kutu yang berada di dalam bulu kucing dan jika dibiarkan berlarutan, kucing boleh jatuh sakit dan ada kes kronik menyebabkan kematian.

Saya memiliki dua ekor kucing peliharaan yang kebiasaannya tidur di dalam sangkar dan akan dilepaskan bermain di luar rumah. Risiko dijangkiti kutu atau hama sangat tinggi jika kita bebaskan kucing bermain di luar kerana faktor cahaya dan kelembapan serta aktiviti kucing kita dengan kucing orang lain.

Memandangkan saya ada dua orang anak kecil, saya terpaksa letak rumah sangkar kucing di luar. Kucing-kucing ini mudah terdedah dengan udara sejuk dan panas sangat terbuka dan itulah menyebabkan bulu kucing mudah gugur.

Dalam kes ini, saya menggunakan ubat kutu jenama advantage untuk treatment. Untuk menggunakan ubat kutu ini, anda perlu meletakkan ubat ini ditengkuk kucing dengan sapu di kulit dan pastikan ia meresap ke kulit kucing.

Selepas meletak ubat kutu ini, elakkan mandi kucing selama 3 hari. Selepas itu boleh la mandi dengan shampoo ubat kutu.

InshaAllah, semua kutu dan hama akan mati dan keguguran bulu kucing dapat dikurangkan.

Untuk dapatkan sekotak Advantage, anda boleh beli dimana-mana kedai Pets. Harga sekotak RM40-RM50.

Terbaik kuarantin sementara kucing anda semasa treatment dan elakkan bercampur dengan kucing lain.

- NS

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search