Tuesday, August 12, 2014

Nasihat Berguna Buat Anak Muda

Nasihat Berguna Buat Anak Muda



Saya suka mengikuti perkongsian saudara Faiz Sufi di facebook. Beliau memang terkenal dengan Sembang Muhung nya. Apa yang bagus, beliau mengajak kita berfikir, menjentik akal fikiran kita dengan kritikan sinis dan adakah ilmu yang dikongsi sangat bernilai dan mahal.

Anda akan jadi seorang yang boleh bersetuju dan boleh juga sebaliknya.

======================
Faiz Sufi berkongsi:

Aku baca kat mana taktau tadi,
haiya, tak ingat dah.

Lagu ni pesanan artikel tu.

1- Jangan buat kerja kerana mengharapkan pujian/nak impress manusia,
Nanti kalau manusia tak puji/tak impress, kita akan sakit hati.

2- Jangan buat kerja kerana nak mencari popularity,
Nanti kalau dah popular, kita rasa tak cukup lagi.

3- Jangan buat kerja kerana nak duit berguni guni.
Kalau tak dapat, kita sakit hati.
Kalau dapat berguni-guni, kita akan stop buat kerja tu.

Mudah kata :
Kita buat kerja bersandar atas sesuatu yang lain.
Jangan begitu.

==============================

Buat kerja karena :

4 - Kita seronok buat kerja tu karena ia memberi
kepuasan kepada hidup kita.
Makna mudahnya : IKHLAS.

5- Kita mahu membantu orang lain.
Orang yang perlu bantuan ni sampai bila pun tak habis.
Kita akan sentiasa keep up our work,
untuk membantu orang lain.
Makna mudahnya : charity to the community
(Harapkan pembalasan di hari sana)

==============================

Kisah 1 :
Ada cikgu yang tension + tertekan mengajar
anak murid jenih perangai haramjadah di sekolah.

Ada ja cikgu yang relax ja handle anak murid
perangai kejadah ni. Senyum ja cikgu ni.

Kisah 2 :
Tok Imam : " aku pi mesejid ni jadi imam bukan sebab 'kerja',
tapi sebab aku nak jadi imam sembahyang kampung ini "

Kisah 3 :
Akak sudah kerja Nurse ni 15 tahun,
Alhamdulillah semua okay. (^_______^)

VS

Saya baru kerja nurse ni 12 bulan, tension la kerja ni.
Kena marah dengan patient lagi, Doktor pun marah lagi.
HR hosptial pun banyak pula bebelan nya..
Hish aku la !

==============================

Kalau kita tak suka sesuatu pekerjaan itu,
Kita ada 2 pilihan :

1- Tukar kerja ke tempat yang kita suka.
2- Tukar niat hati kita supaya menjadi suka + ikhlas.

“If you don't like something, change it.
If you can't change it, change your attitude. ”
— Maya Angelou

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search