Antara Telefon Bimbit dan Seorang Jutawan



TELEFON BIMBIT DAN JUTAWAN

Tadi terbaca entri dari Dato Roslan Ab Hamid mengenai jutawan dan telefonnya. Jadi, saya nak kongsi cerita juga. Dari 10 kenalan saya yang jutawan, kesemuanya TIDAK AKTIF memegang telefon bimbit. Ada dua ciri yang sama sebenarnya:

1) JARANG MELIHAT TELEFON BIMBIT

Ini benar. Malah, bukan saja jarang pegang telefon bimbit, tapi hampir mustahil telefonnya berbunyi ataupun bergetar. Dan biasanya kalau mereka mula membelek telefonnya, tidak sampai 10 minit, akan kembali ke poket jua. Ada lagi yang lebih hebat, tidak ke poket, tapi ke dalam beg.

Sebetulnya, bukan mereka tidak melihat langsung telefon masing-masing, tapi mereka PILIH WAKTU untuk membeleknya.

Ini bermaksud, telefon bimbit jarang menghampiri tubuh badannya. Tempohari DAO ada mengajar telefon bimbit ini adalah antara alat yang perlu dijauhi kerana aspek keselamatan genetik dan ion-ion.

2) JUTAWAN BIASANYA TIDAK ADA POWER BANK

Jangan terkejut. Mereka tiada POWER BANK. 100% golongan jutawan (yang saya kenal saja) tiada alat ini. Pelik tapi benar. Ada sekali tu, telefonnya mati di tengahari, dan beliau memang sedang menunggu panggilan penting. Kemudian, saya tawarkan alat milik saya, dia jawab, "Alah, tak apalah, Irfan. Aku tak terdesak lagi ni."

Ceh, saya memang sangat 'terasa' sejak itu. Selepas itu, saya anggap alat Power Bank ni untuk orang yang terdesak saja. Disebabkan saya bukan orang yang terdesak, saya pun nak menjauhi dua alat ini.

Dari segi kecanggihan, mereka memang memiliki telefon pintar yang mahal juga. Kalaupun seorang jutawan itu memang mengurus bisnesnya dengan telefon pintar, tapi memang nampak mereka bijak mengurusnya.

Nak ke nak jadi Jutawan Bijak?

Repost dari FB tuan Al Irfan Jani.

--------------------------------------

Irfan Khairi juga seorang yang jarang pegang telefon. Katanya, bila beliau buat kerja yang penting, beliau tunggu selesaikan kerja dulu baru beliau semak phone. Kalau ada orang call, dia akan call semula selepas selesai melakukan kerja.

Saya? Handphone masih lagi candu buat saya. Sekarang ni, tengah cuba untuk kurangkan pegang telefon. Jika dulu, wifi atau mobile data asyik activated, sekarang ni saya akan disable dan akan on sesekali sahaja.

Maaf ya kalau saya lambat respond mesej-mesej anda di whatapps, sms atau pun fb. ;)



Anda mungkin berminat

usahawan

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah