Tuesday, September 18, 2012

Tip Pereka Grafik – 5 Nasihat Kontroversi Dapatkan Pelanggan Pertama

Tip Pereka Grafik – 5 Nasihat Kontroversi Dapatkan Pelanggan Pertama

Soalan biasa yang sering diajukan oleh pereka grafik yang masih baru adalah,

“Bagaimana untuk saya dapatkan pelanggan pertama?”

Sebagai pereka grafik, memperoleh duit dengan melakukan kerja-kerja kreatif adalah satu nikmat yang tidak terhingga. Namun masalah yang sering melanda adalah kekurangan aktiviti untuk memperkenalkan servis kita kepada pelanggan.

Dalam artikel ini, nasihat-nasihat yang dikongsikan oleh pakar bakal membuatkan hidup kita huru hara sebagai pereka grafik. Kenapa ia berlaku sedemikian? Baca dan terus praktikkan nasihat mereka untuk rasai sendiri.

Setiap nasihat ini adalah daripada individu pakar dan berpengalaman dalam menawarkan servis reka bentuk grafik iaitu Cyan Ta’eed.

#1 – Berikan Servis Percuma
Oleh disebabkan kita adalah pereka grafik yang masih teruna dan dara, maka penting di sini untuk kita tahu bahawa pelanggan tidak tahu kemampuan kita. Daripada sibuk memikirkan bagaimana untuk mendapatkan pelanggan berbayar, adalah lebih baik untuk kita fokus pada pemberian servis percuma.

Servis percuma bukan bermaksud percuma selama-lamanya. Kumpulkan tiga hingga lima pelanggan untuk memberikan servis reka grafik percuma kepada mereka. Kemudian minta testimonial daripada pelanggan ini terhadap hasil kerja kita.

Dari sini, kita boleh jadikan ia sebagai bahan bukti kepada pelanggan berbayar. Mereka pasti teruja melihat kata-kata bekas pelanggan yang sudah menggunakan servis kita.

#2 – Berani Puji Skil Sendiri
Tidak ada siapa yang akan perkenalkan skil grafik kita melainkan diri kita sendiri. Ini adalah nasihat serius yang dapat mengubah gerak kerja kita untuk mendapatkan pelanggan yang pertama. Apabila bertemu dengan rakan-rakan atau individu yang ingin berkenalan, beritahu bagaimana skil kita boleh membantu mereka. Sebagai contoh, “Saya adalah pereka grafik yang membantu bisnes orang ramai untuk menghasilkan grafik yang ‘Wow’.”

#3 – Bangga Dengan Hasil Kerja
Sentiasa bawa dan kongsi hasil kerja di mana-mana. Untuk permulaan, kita boleh gunakan medium percuma seperti blog dan Facebook. Ambil masa sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari untuk muat naik gambar hasil kerja grafik kita. Semakin banyak hasil kerja yang dikongsikan, semakin besar peluang kita untuk mengaut lebih ramai pelanggan.

#4 – Khidmat Nasihat Percuma
Jangan kedekut ilmu. Kongsikan kepakaran kita untuk memberikan nasihat kepada bakal pelanggan. Cara ini sebenarnya meningkatkan kepercayaan mereka untuk menggunakan servis kita.

Lagi banyak maklumat bermanfaat kita kongsikan, lebih tinggi peluang untuk mereka terpikat dengan servis kita. Justeru itu, biasakan diri untuk berkongsi khidmat nasihat secara percuma kepada pelanggan terlebih dahulu.

#5 – Berhenti Jadi Pereka Grafik Murahan
Trauma yang biasa berlaku dalam diri pereka grafik yang masih teruna dan dara adalah kurangnya keyakinan diri. Cara ini dapat diatasi dengan meminjam kepakaran orang lain.

Antaranya menerusi pakej grafik memukau yang disediakan oleh Lubuk Design. Dengan memiliki pakej ini, kita tidak perlu risau dengan kemampuan diri sendiri. Gunakan sahaja templet grafik yang disediakan untuk memukau pelanggan supaya membayar kita.

Cara ini juga turut digunakan oleh pakar grafik yang lain. Mereka meminjam kepakaran orang lain.

P.s: Koleksi-koleksi fail design untuk kad kahwin, kad perniagaan .psd dan .ai: http://goo.gl/jDTSM

Noorizam Shah
http://facebook.com/noorizamshah






Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search